Siakap Keli
diinpirasi dari plastik tesco
Gambar: Daily Mail

Diinspirasi Dari Plastik Tesco, Balenciaga Jual Beg Berharga RM5,113

Satu jenama mewah, Balenciaga, telah mengeluarkan rekaan beg beli-belah terbaharu yang diinspirasi dari plastik Tesco, lapor Daily Mail.

Diinspirasi dari plastik Tesco

Reka bentuk tersebut dilihat menyerupai beg plastik Tesco keluaran tahun 1980-an yang sudah tidak digunakan pada masa kini.

Gambar: Daily Mail
Gambar: Daily Mail

Aksesori buatan Itali yang dikeluarkan sebahagian daripada koleksi Musim Bunga 2022 itu dijual pada harga £925, iaitu bersamaan dengan RM5,113.

Diperbuat dari kulit anak lembu

Beg itu dikatakan dibuat daripada kulit anak lembu yang dicetak pada kertas dan mempunyai zip untuk menutup bahagian atas serta dalam beg.

Menurut Balenciaga, rekaan itu merupakan tafsiran moden bagi sebuah beg asas.

Sebelum ini, jenama yang diasas oleh seorang warga Sepanyol dan beribu pejabat di Paris itu pernah diejek kerana menghasilkan koleksi beg yang menyerupai beg beli-belah Ikea.

BACA: ‘Instafamous’ Mengaku Tidak Bersalah Miliki Beg, Kasut Dan Baju Berjenama Tiruan Untuk Jualan

Sumber: Daily Mail

Aireena Marizan