Siakap Keli
kantoi berkelakuan tak senonoh
Gambar: Daily Star

Kantoi Berkelakuan Tak Senonoh Terhadap Anak Saudara, Wanita Nekad Potong Zakar Suami

Seorang isteri nekad menetak kemaluan suaminya selepas membongkar kelakuan tidak senonoh suaminya itu terhadap anak saudara perempuannya melalui kamera tersembunyi yang dipasang, lapor Daily Star.

Wanita yang berasal dari Son La, Vietnam itu telah memasang kamera di tepi katil gadis tersebut selepas mangsa mengadu sebanyak beberapa kali mengenai tindakan bapa saudaranya.

Polis berkata, lelaki tersebut telah berulang kali terlibat dalam kegiatan tidak senonoh itu terhadap anak saudaranya.

Suspek pasang kamera web di sisi katil

Wanita tersebut dikatakan telah membeli kamera web (webcam) dan meletakkannya di sisi katil mangsa.

Pada 18 Mac lalu, wanita itu memeriksa kamera tersebut dan telah membongkar tingkah laku yang ‘pelik’ oleh suaminya terhadap mangsa.

Suspek membeli sebilah pisau

Suspek memberitahu pihak polis bahawa dia telah membeli sebilah pisau dan menunggu sehingga suaminya tidur sebelum menetak kemaluannya pada 19 Mac lalu.

Susulan dari kejadian, wanita itu didakwa terus menyerahkan dirinya di balai polis dan membuat pengakuan berkenaan kejadian tersebut.

Kini, pihak polis dilaporkan sedang menyiasat rakaman kejadian ngeri itu.

Luka yang dialami lelaki itu difahamkan sangat teruk sehingga pasukan perubatan tidak dapat menyelamatkan kemaluannya, lapor Blogtuan.info.

Lelaki itu telah dibawa ke bilik kecemasan di Hospital Besar Wilayah Son La, tetapi disebabkan luka yang begitu teruk menyebabkan mereka tidak dapat menyelamatkannya.

BACA: Tak Mahu Anak Rasa Hidup Susah Sepertinya, Ibu Tergamak Tetak 3 Anak Hingga Mati

Sumber: Daily Star

Aireena Marizan