Siakap Keli
ribut petir dan hujan
Gambar: Antaranews

Ribut Petir & Hujan Lebat Diramal Landa 7 Negeri Ini Hingga Petang

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemas kini jam 3:15 petang (22 Mac 2022) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda 7 negeri dan kawasan sehingga 6:00 petang ini.

Antara kawasan yang terlibat dengan amaran ribut petir dan hujan lebat adalah negeri Perak, di kawan Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Manakala bagi negeri Pahang pula, di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin. Bagi negeri Selangor di kawasan Gombak dan Hulu Langat.

Baca: Bapa Durjana, Lelaki Didakwa Rogol Anak Sendiri Hingga Sawan & Meninggal Dunia

Beralih ke Negeri Sembilan, kawasan yang dijangka terlibat adalah Jelebu dan Jempol. Manakala negeri Johor pula, di kawasan Segamat, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Seterusnya di negeri Sarawak, di kawasan Miri (Marudi) dan Limbang.

Manakala di negeri Sabah, Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Bagi penduduk di kawasan yang dijangka terlibat, anda dinasihatkan untuk sentiasa berada di rumah dan berhati-hati bagi yang memandu untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Aireena Marizan