Siakap Keli
patung teletubbies
Kredit Gambar: Hong Kong Free Press/ Mothership

Terima Kecaman Hebat, Kedai Patung Teletubbies Mohon Maaf & Pulang Semula Duit 

Kedai mainan yang tular selepas patung teletubbies milik mereka didakwa dipecahkan oleh seorang kanak-kanak dilaporkan telah memulangkan semula wang ganti rugi kepada bapa kanak-kanak tersebut.

Memetik laporan Mothership, kedai tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan di Facebook pada 23 Mei lalu dan menyatakan bahawa kejadian tersebut telah diselesaikan.

 

Dalam kenyataan itu, mereka juga menjelaskan bahawa patung tersebut telah berada di tempat yang sama sejak November 2021 dan tidak pernah memberi sebarang kesulitan kepada pelanggan.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut telah dipadam tidak lama kemudian.

Sehari selepas itu, syarikat induk kedai mainan itu telah mengeluarkan satu kenyataan.

Menerusi kenyataan itu, mereka telah membuat permohonan maaf kepada keluarga kanak-kanak tersebut.

Malah, mereka juga telah membayar semula wang ganti rugi yang dikenakan kepada keluarga itu.

“Kami akan membuat penambahbaikan serta-merta untuk mengelakkan insiden serupa berlaku sekali lagi,” kata syarikat itu.

Kedai tersebut dikatakan telah menerima kecaman hebat selepas rakaman CCTV ketika kejadian tular di media sosial.

Rata-rata netizen mempersoalkan mengapa anak patung setinggi 1.8 meter itu tidak dilindungi atau ditutup dengan baik.

Sedar akan hal itu, pengurus kedai tersebut berkata mereka sememangnya patut mengambil langkah berjaga-jaga dan disebabkan itu mainan yang mempunyai ketinggian lebih 1 meter telah dikeluarkan.

Terdahulu, insiden kanak-kanak yang didakwa terlanggar patung teletubbies sehingga hancur berkecai tular di media sosial.

BACA: Anak Dituduh Pecahkan Patung Teletubbies, Ibu Bapa Terpaksa Berputih Mata Bayar Ganti Rugi RM22,000

Sumber: Mothership

Baca: Duka Isteri Menghadap Ilahi, Pakcik Ni Kerap Masuk Kebun Untuk ‘Luah Perasaan’

Sofea

There's always another side to every story