Siakap Keli
Foto: FB Khalifa Affnan

Guru Dari Sabah Dinobat Pemenang Global 2022 Cambridge Dedicated Teacher Awards

Seorang guru dari Kolej Vokasional Keningau, Sabah telah mengharumkan nama negara apabila memenangi 2022 Cambridge Dedicated Teacher Awards.

Khalifa Affnan merupaka rakyat Malaysia pertama yang dipilih sebagai pemenang anugerah berprestij ini. Lebih manis, kejayaan itu diraih dengan menewaskan 7,000 calon berkaliber daripada 112 negara.

Ketekunan beliau dalam memperkenalkan ‘dunia’ baru kepada pelajarnya jelas terselah apabila  memulakan satu projek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Melalui usaha ini, pelajar-pelajarnya didedahkan dengan ilmu robotik, dron, pengekodan dan pelbagai disiplin ilmu berkaitan teknologi.

Malah, usaha beliau berjaya meningkatkan penyertaan aktif pelajar perempuan serta pelajar berkeperluan khas dalam aktivitis STEM itu.

Menurut perkongsian dari Dedicated Teacher, rama pelajarnya telah mendapat pengiktirafan antarabangsa termasuklah tempat ketiga pada kejohanan Robotik Korea 2018 dan ‘keynote speaker’ di Sidang kemuncak STEM British psada 2022.

Walaupun mengajar di kawasan pedalaman, beliau tanpa lelah juga berusaha gigih memberikan pengalaman pendidikan bersifat global kepada anak muridnya.

Antara program yang berjaya dilaksanakan oleh beliau antaranya mengadakan program pertukaran budaya antara sekolah tersebut dengan sebuah sekolah di Korea Selatan.

Cambridge Dedicated Teacher Awards yang diperkenalkan pada 2018 itu membuka peluang untuk pelajar, guru dan orang awam untuk mencalonkan pendidik yang memberi sumbangan besar dalam bidang pendidikan untuk diraikan dengan anugerah berprestij tinggi.

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Khalifa diatas penganugerahan anugerah yang luar biasa ini. Semoga dengan usaha dan kegigihan beliau ini dapat melahirkan anak muda yang mempunyai ilmu dan keperibadian tinggi sekaligus mampu memacu negara mencapai kejayaan di masa akan datang.

BACA: Tak Perlu Tunai & Kad, Mastercard Dilapor Bangunkan Kaedah Pembayaran Pakai ‘Senyuman’

Sumber: Dedicated Teacher

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang