Siakap Keli
Zuraida meletak jawatan

Zuraida Umum Sertai Parti Bangsa Malaysia, Jumpa PM Nak Letak Jawatan Menteri

Datuk Zuraida Kamaruddin hari ini mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Dalam kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Ampang itu juga mengumumkan keputusan untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) sekali gus keluar parti BERSATU

Dalam kenyataan yang dikongsikan di laman Twitter rasminya, beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan peletakan jawatannya daripada kabinet dalam jangka masa terdekat.

“Saya juga akan berbincang tentang peranan dan hala tuju PBM demi mengukuhkan lagi kerajaan Keluarga Malaysia. Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap kebijaksanaan perdana menteri,” ujarnya dalam kenyataan itu.

Beliau juga mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Datuk Muhyiddin Yassin dan Datuk Sri Ismail Sabri ke atas kepercayaan mereka melantiknya sebagai Menteri Kabinet.

“Saya telah memutuskan untuk menyertai PBM. Saya percaya dengan perjuangan parti ini dan amat tertarik dengan enam prinsip terasnya iaitu keterlibatan pelbagai kaum, pemberdayan wanita, pemerkasan anak muda, pembangunan ekonomi, peningkatan pendidikan dan kemajuan sains teknologi sebagai elemen untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.”

Katanya lagi, beliau melihat banyak potensi dalam PBM terutamanya pada masa rakyat Malaysia sudah bosan dengan politik lama yang membantut kemajuan negara. Penyertaan serta pengalamannya ke PBM nanti akan dapat membantu mengangkat parti ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Memetik Bernama, Zuraida dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya umum ke-14 Mei 2018 oleh Dr Mahathir dan diantik semula ke jawatan sama semasa pentadbiran Muhyiddin.

Beliau dilantik ke portfolio Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi selepas Ismail Sabri memegang jawatan nombor satu negara.

Zuraida kini berada di Turki bagi menghadiri Persidangan Perintis Ketujuh Gabungan Wanita Global untuk Al-Quds dan Palestin seterusnya ke Athens, Greece bagi memenuhi undangan Misi Perniagaan dan Pengembangan Pasaran Kayu Malaysia sebelum kembali ke tanah air pada 2 Jun.

PBM yang didaftarkan pada 27 Okt 2021 diasaskan oleh Mohamad Sukri Yusri yang juga presiden pertamanya dan beberapa ahli politik lain selepas mengambil alih Parti Pekerja Sarawak (SWP).

Kini jawatan presiden parti itu disandang Ahli Parlimen Julau Larry Sng.

Sumber: Twitter Zuraida kamaruddin

Baca juga: Demam Panas & Batuk Tak Kebah, Ayah Sebak Anak ‘Pergi’ Sekelip Mata Ketika Dalam Perjalanan Ke Hospital

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.