Siakap Keli
pelajar bawa ak-47
Gambar: Our 80s Life

Pelajar Ditahan Bawa AK-47 Pistol & Replika AR-15 Ke Sekolah, Sehari Selepas Insiden Tembakan Ragut 21 Nyawa

Seorang pelajar telah ditahan di sebuah sekolah menengah di Dallas selepas polis menemui senjata AK-47 style pistol dan replika AR-15 dalam keretanya pada Rabu.

Kejadian ini berlaku sehari selapas salah satu kejadian tembakan terburuk di Texas mengakibatkan 21 maut ditembak di sebuah sekolah rendah di Texas.

Menurut laporan BNO News, kejadian berlaku kira-kira 10.55 pagi apabila seorang pekerja di sebuah kedai di Richardson menghubungi polis tentang seorang remaja yang mencurigakan sedang menuju ke Sekolah Menengah Berner.

Katanya, dia melihat remaja itu membawa satu objek yang kelihatan seperti senapang.

Dalam beberapa minit, polis tiba di sekolah berkenaan dan mendapati suspek sudah berada di dalam bangunan tersebut.

Dalam siasatan awal mendapati, remaja tersebut merupakan pelajar sekolah itu. Bagaimanapun, polis tidak menemui sebarang senjata api bersama pelajar tersebut, namun pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan dua senjata api di dalam kereta pelajar berkenaan yang diletakkan berhampiran dengan kawasan sekolah.

Pelajar itu telah ditahan atas dakwaan membawa senjata api di kawasan sekolah. Polis enggan mengeluarkan sebarang maklumat lain mengenai suspek kerana remaja berkenaan masih dibawah umur.

Selain itu, tiada maklumat segera mengapa pelajar tersebut membawa senjata ke bangunan sekolah itu.

Jabatan Polis Richardson mengingatkan orang ramai tentang kepentingan untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak polis dengan segera.

Terdahulu, remaja berusia 18 tahun menembak mati 21 mangsa termasuklah 19 kanak-kanak kecil dan dua orang guru. Suspek turut mencederakan lebih 17 orang di Sekolah Rendah Robb di Uvalde.

Dalam kejadian, suspek maut ditembak pihak polis selepas mendapat panggilan kecemasan daripada pihak sekolah berkenaan.

Serangan itu dianggap insiden tembakan paling dahsyat dalam sejarah Texas.

BACA: Hebat, Proton Saga Dipilih Sebagai Model Sedan Paling Laris 2021 Kenya

Sumber: BNO News, NBC News

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang