Siakap Keli

Ekzos Bocor, Wanita Dedah Detik Cemas Sekeluarga Keracunan Gas Monoksida Walau Kereta Bergerak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kejadian mati lemas ketika tidur dalam kereta akibat terhidu gas karbon monoksida bukan lagi perkara asing dan sering kita dengari serta dilaporkan dalam media. Insiden ini merupakan antara kejadian paling ‘seram’ boleh dialami pemandu dan penumpang sesebuah kenderaan kerana mangsa-mangsa yang maut biasanya tidak sedarkan diri apabila berlaku keracunan gas karbon monoksida tersebut.

Malang tidak berbau, kejadian ini menimpa seluruh keluarga Nur Jalilah ketika mereka dalam perjalanan untuk pulang ke kampung. Mujur, wanita ini cepat bertindak selepas menyedari kejadian ‘ngeri’ itu. Mari kita ikuti detik cemas dan pengalaman hitam wanita ini dan keluarganya yang terhidu gas monoksida.

“Pembunuh dalam diam”

“Detik pengalaman yang tidak akan pernah Umi (Nur Jalilah) lupa. Saat-saat kami semua termasuk (mak ayah mertua) opah dan atok keracunan gas monoksida dalam kereta,” ujar.

Difahamkan, mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Temerloh, Pahang menuju ke Tanjung Karang, Selangor. Pada mulanya mereka masih dalam keadaan selamat. Selang beberapa jam selepas mereka berhenti makan di RnR, wanita ini menghantar gambar keadaan anak-anaknya yang dikatakan sedang ‘nyenyak’ tidur kepada suaminya.

Bagaimanapun, keadaan wajah anaknya berubah pucat dan tidak kelihatan seperti biasa. Firasat seorang ibu ini tidak pernah salah, anak-anaknya mula memberi respon lemah semasa dipanggil. Anak kecilnya, dalam keadaan lemah dan tiada respon.

“Terjadi ketika kereta sedang bergerak bukan berhenti”

Terus Umi menjerit pada mentua bagitahu Deeja tidak sedarkan diri, tak tahu kenapa? Buka baju seluar tepuk-tepuk dan sapu air kejutkan tetap tidak memberi respon. Pernafasan semakin lemah.

Kami berhenti tepi highway. Umi terus turun tahan kereta sambil masa itu dukung Deeja sama. Memang masa itu tidak tahu nak cakap apa, nyawa ini dah macam nak tercabut.

Umi hanya berfikir, Ya Allah anak-anak aku kenapa ini. Ya Allah jangan ambil anak ku.

keracunan gas karbon monoksida
Foto: Nur Jalilah Leyla
Foto: Nur Jalilah Leyla

Mujur ada insan yang prihatin menolong mereka sekeluarga yang berada dalam keadaan cemas di bawa ke hospital berdekatan.

Tidak lama pada kejadian itu, orang dewasa dalam kereta tersebut mula merasa simptom yang sama. Malah, ibu mentuanya pengsan selepas tiba di kawasan kecemasan hospital.

Katanya, doktor sahkan mereka semua keracuran gas karbon monoksida yang berpunca daripada kebocoran pada bahagian ekzos.

keracunan gas karbon monoksida

Ibarat mimpi ngeri buat mereka sekeluarga. Sesungguhnya apa yangg berlaku itu adalah ujian dan teguran dari Allah. Dan segala kesembuhan juga Dari-Nya dan keizinanNya.

Kata wanita ini, dia bersyukur kerana diibarat diberi peluang kedua. Anak-anaknya sudah sihat dan aktif seperti biasa cuma trauma dan kesan dari keracunana itu masih lagi terasa.

Tambahnya lagi, dia menasihatkan orang ramai agar lebih peka dan jadikan pengalamannya sebagai satu pengajaran buat mereka di luar sana tambah-tambah lagi yang masih mempunyai anak kecil.

Tidak lupa, dia juga berterima kasih kepada insan hebat yang menolong mereka semasa kejadian itu. Jasa baik Mr Richard akan dikenang buat selamanya. Insan ini diibatkan sebagai ‘Hero’ membantu keluarga ini dalam kesusahan.

Sumber: Nur Jalilah Leyla

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang