Siakap Keli
mesin basuh terkena renjatan elektrik
Gambar Via Turkey Post English

Wanita Dilapor Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Keluarkan Baju Dalam Mesin Basuh

Seorang wanita berusia 20 tahun dilaporkan maut selepas terkena renjatan elektrik ketika memasukkan tangannya ke dalam mesin basuh yang sedang berputar.

Memetik laporan Mirror, kejadian tersebut berlaku di Juazeiro, timur laut Brazil pada minggu lalu.

Siasatan mendapati bahawa mangsa mengalami renjatan ketika cuba untuk mengambil pakaian di dalam mesin basuh di rumahnya.

Mangsa yang juga merupakan seorang ibu itu disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital tempatan.

Sementara itu, mayatnya telah dikebumikan di Gameleira do Di pada 16 Jun selepas selesai dibedah siasat.

Wanita tersebut meninggalkan suami dan seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan.

Menurut laporan, kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku kerana seorang kanak-kanak dilaporkan telah ditemui dalam mesin basuh yang dihidupkan.

Dalam kejadian yang berlaku di Christchurch, New Zealand itu, kanak-kanak tersebut ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.

“Seorang individu cedera dan dibawa ke hospital serta disahkan meninggal dunia,” kata seorang jurucakap pihak berkuasa.

Risiko bahaya mesin basuh kepada kanak-kanak telah dilaporkan secara meluas.

Menurut Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna, sekurang-kurangnya tiga kematian berkaitan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah telah berlaku sejak 2014.

Sumber: Mirror, Daily Star

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10% Ramadan Ini

Sofea Shahira

There's always another side to every story

@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli
" "