Siakap Keli
mat kilau munafik 2
Gambar: GSC/ Syamsul Yusof

Pecah Rekod Munafik 2, Mat Kilau Kini Merupakan Filem Tempatan ‘Paling Laku’

Sejarah baharu tercipta, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah memecah rekod filem Munafik 2 dengan kutipan terkini mencecah RM39 juta.

Menurut pihak GSC, ia menjadikan Mat Kilau sebagai filem tempatan yang paling laku setakat ini.

“Terima kasih Malaysia, filem #MatKilau kini adalah filem tempatan terbesar, memecah rekod #Munafik2 dengan kutipan melebihi RM39 juta!

“Terima kasih semua atas sokongan anda! Siapa yang tidak tengok lagi, jom serbu wayang sekarang,” kata GSC menerusi kiriman di Facebook.

Tambah syarikat pawagam itu lagi, jumlah kutipan bagi filem Munafik 2 adalah 37.7 juta pada tahun 2018.

Mat Kilau merupakan filem inspirasi sejarah ketokohan pejuang Mat Kilau di Pahang yang diarahkan oleh Syamsul Yusof.

Dipenuhi dengan aksi persilatan, filem itu mengetengahkan berkenaan perjuangan Mat Kilau menentang penjajah British pada tahun 1880-an.

Sementara itu, Syamsul menerusi Instagram miliknya meluahkan rasa syukur di atas kejayaan filem itu dan berterima kasih kepada semua penonton di Malaysia, Singapura dan Brunei.

“Tiada kata, Alhamdulillah. Kutipan tiket Mat Kilau untuk semalam (Sabtu) adalah RM7.3 juta dalam masa satu hari sahaja.

“Jumlah keseluruhan pecah panggung adalah sebanyak RM39.2 juta dalam masa 10 hari,” tulisnya di kapsyen.

Menurutnya lagi, dia berterima kasih kepada orang ramai yang percaya kepada hasil kerjanya.

“MasyaAllah, terima kasih kerana masih percaya dengan sentuhan saya dan juga pasukan selama ini, bukan untuk filem Mat Kilau sahaja,” katanya dalam satu video.

Filem itu dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat iaitu Dato’ Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Farah Ahmad, Yayan Ruhian dan ramai lagi.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

BACA: Mat Kilau Pintas Filem Hollywood, Raih Kutipan RM23.3 Juta Lepas Seminggu Ditayangkan

Sumber: GSC, Syamsul Yusof

BACA JUGA: Wanita Terkejut Bil Hospital Ayah Sampai RM60K, Menyesal Tak Buat Benda Ni Awal-Awal

Sofea

There's always another side to every story