Siakap Keli
suspek kelar isteri dan bayi
Gambar Via Kosmo

Polis Sahkan Suspek Kes Kelar Isteri Dan Bayi Negatif Dadah

Polis Sahkan Suspek Kes Kelar Isteri Dan Bayi Negatif Dadah

Lelaki yang disyaki membunuh isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu, di sini disahkan negatif dadah, lapor Kosmo.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan perkara tersebut dan berkata ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati keputusannya adalah negatif.

Menurutnya, siasatan masih lagi dijalankan untuk mengetahui motif sebenar pekerja pencuci kapal itu bertindak sedemikian rupa.

“Hasil pemeriksaan awal, kita dapati suspek bukan dibawah pengaruh dan masih menyiasat motif kejadian itu berlaku,” katanya.

Beliau juga berkata setakat ini belum dapat disahkan mengenai dakwaan bahawa lelaki terbabit mengalami kemurungan atau tekanan hidup.

“Mengenai dakwaan bahawa suspek mengalami tekanan mental dan sebagainya, itu saya beri perkembangan lanjut,” katanya.

Sementara itu, suspek telah ditahan reman selama tujuh hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan dijalankan.

Sumber: Kosmo

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Sofea

There's always another side to every story