Siakap Keli
lelaki maut disedut lubang kolam
Gambar: Daily Star

Gembira Bertukar Tragedi, Lelaki Maut ‘Disedut’ Ke Dalam Lubang Kolam

Seorang lelaki maut selepas ‘disedut’ ke dalam lubang benam (sinkhole) sebuah kolam renang sepanjang 13 meter dalam satu kejadian di Tel Aviv baru-baru ini, lapor The Times of Israel menerusi Daily Star.

Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku di sebuah kediaman di bandar Karmi Yosef, kira-kira 40 kilometer dari ibu negara, lubang di bawah kolam itu terbuka secara tiba-tiba dan pecah hingga menyebabkan keseluruhan air disedut.

Menerusi sebuah rakaman video di lokasi kejadian, ia memaparkan keadaan pengunjung bergegas keluar dari kolam berkenaan apabila menyedari lubang tersebut ‘menyedut’ air.

Pada awalnya, mereka tidak menyedari kejadian itu disebabkan muzik yang dipasang agak kuat, sehinggalah sebahagian konkrit di dasar kolam pecah dan runtuh ke dalam lubang.

Sewaktu kejadian, sejumlah pengunjung yang berada di dalam kolam tersebut sempat melarikan diri, bagaimanapun malang bagi seorang lelaki (mangsa) berusia 30an, dia tidak sempat bertindak dan turut sama ‘disedut’ bersama air.

Difahamkan, air kolam yang tersedut itu mengheret mangsa ke dalam lubang tersebut. Bagaimanapun mangsa akhirnya ditemui maut kira-kira empat jam selepas bantuan kecemasan tiba.

lelaki maut disedut lubang kolam
Gambar: Daily Star

Keadaan lubang yang pecah memaksa pasukan penyelamat membina sistem sokongan bagi menghalang struktur dasar kolam runtuh ke atas mereka sewaktu misi pencarian berjalan.

Namun menurut laporan, punca mangsa meninggal dunia masih tidak dapat dipastikan lagi (ketika itu), sama ada dihempap oleh struktur kolam yang pecah ataupun lemas semasa disedut ke dalam.

Sementara itu, seorang lagi mangsa berumur 34 tahun pula sebaliknya hanya mengalami cedera ringan pada bahagian bawah badan dan dirawat di tempat kejadian oleh petugas perubatan.

Dalam masa sama, kejadian itu membawa kepada penahanan sepasang suami isteri selaku penganjur kepada pesta kolam mewah untuk pekerja sebuah syarikat swasta tersebut.

Menurut pihak polis, pasangan terbabit ditahan dan bakal didakwa atas tuduhan menyebabkan kematian secara cuai.

lelaki maut disedut lubang kolam
Gambar: Daily Star

Sumber: Daily Star

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: