Siakap Keli
zhafvlog umum cari jodoh
Gambar: Twitter/Youtube Pure Pixels

Pengulas Filem Terkenal, Zhafvlog Umum Cari Jodoh, Ini Senarai Ciri Peribadi & Kriteria Pasangan Idaman

Pengulas filem terkenal Zhafran Zulkifly, atau lebih dikenali sebagai Zhafvlog mengumumkan bahawa beliau sedang mencari jodoh sebagai pasangan hidup.

Jodoh sememangnya menjadi rahsia dan hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui dengan siapa yang bakal menjadi peneman hidup kita.

Mencari pasangan hidup bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia juga bergantung kepada penerimaan individu tersebut.

Selain itu, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan agar proses perkenalan dan perjalanan membina sebuah mahligai cinta berjalan dengan lancar.

Zhafvlog umum cari jodoh

Gambar: Youtube Pure Pixels

Mungkin masanya sudah tiba, Zhaf yang sebelum ini dikenali sebagai pengulas filem akhirnya mendedahkan dirinya sudah bersedia bergelar suami.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik oleh Zhaf di Twitter hari ini, beliau memaklumkan perkara itu bersama senarai kriteria-kriteria wanita idaman yang diingininya.

“Sesiapa yang memegang hati Zhafran, jika dia layak, (dia) akan memiliki kuasa cinta untuk selama-lamanya.

“Minta jasa baik @TwtJodohMY jujur ​​saya penat…” katanya dalam kenyataan itu sambil memetik Twitter cari jodoh online, @TwtJodohMY.

Selain turut berkongsi beberapa keping foto dirinya, Zhaf turut memuat naik sedikit maklumat peribadi bersama ciri-ciri pasangan idaman di tweet berkenaan.

Dalam satu nota yang dimuat naik itu, jelas tertera secara terperinci ciri-ciri fizikal dan keperibadian Zhaf serta jodoh idamannya.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, antara maklumat tentang dirinya yang didedahkan adalah umurnya kini sudah menjangkau angka 29 tahun dan bersedia untuk berkahwin pada tahun depan.

Selain itu, walaupun anak bongsu, namun Zhaf mengakui beliau bukankah lelaki yang boleh disamakan dengan ‘biawak hidup’, malah dirinya kini sudah mempunyai kereta dan dalam proses memiliki rumah sendiri.

Dalam pada itu, antara ciri peribadi yang menarik didedahkan adalah beliau sebenarnya seorang yang setia dan tidak berlaku curang terhadap pasangannya kelak.

“Curang? Nak dapat sorang pun payah mat, jangan risau aku takda rupa dan mulut ‘tak manis’, so takda siapa nak rampas,” katanya, memetik informasi tersebut.

Difahamkan, Zhaf juga seorang yang sangat menjaga dan menepati masa. Ini dibuktikan dengan tulisannya yang berbunyi, “Aku tak berkira duit tapi berkira masa, masa itu emas ya anak-anak,”

Dalam senarai ini juga sudah disebutkan tentang kriteria-kriteria wanita idaman untuk dijadikan pasangan hidup, antaranya termasuklah seseorang yang gemar menonton wayang sama seperti dirinya.

Sehubungan itu, bagi wanita di luar sana yang mungkin turut sama mencari jodoh yang sekufu dengan Zhaf, barangkali inilah peluang terbaik yang ada. Semoga Zhaf bertemu jodoh seperti yang diidamkan. Amin.

Sumber: Twitter @zhafvlog

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?