Siakap Keli
Penghalang Sekeliling Kaabah
Gambar via LNU News

Penghalang Pandemik Dicabut, Jemaah Dapat ‘Sentuh’ Semula Kaabah Selepas 2 Tahun

Penghalang Pandemik Dicabut, Jemaah Boleh ‘Sentuh’ Semula Kaabah Selepas 2 Tahun

Arab Saudi memutuskan untuk menanggalkan sekatan (barriers) di sekitar Kaabah dengan tujuan membenarkan para jemaah menyentuh kiblat umat Islam ketika bersolat itu.

Presidensi Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais mengumumkan keputusan tersebut pada Selasa, 2 Ogos 2022. 

Memetik Arab News, penghalang tersebut dipasang untuk memastikan penjarakan sosial antara jemaah haji. Kawasan sekitar Kaabah, tempat jemaah melakukan ibadah tawaf tujuh kali itu ditutup pada Mac 2020 untuk pensterilan sebagai langkah membendung penularan virus Covid-19. 

Al-Sudais berkata, keputusan ini menunjukkan keprihatinan yang diambil oleh kepimpinan Saudi terhadap pengunjung Masjidil Haram dan memudahkan ibadah mereka agar sentiasa berada dalam keadaan selamat dan harmoni memandangkan jumlah pengunjung yang semakin ramai sejak masjid dibuka semula. 

Menurutnya lagi, presiden sedang bekerjasama dengan semua sektor yang beroperasi di Masjidil Haram untuk menyediakan semua perkhidmatan yang diperlukan selaras dengan aspirasi kepimpinan kerjaan. 

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman kerana mengambil berat dan memberi sokongan terhadap Dua Masjid Suci. Dia turut mendoakan agar Allah S.W.T merahmati mereka di atas kebaikan yang diberikan. 

Presiden Besar Hal Ehwal Dua Masjid Suci berkata mereka telah mempersiapkan penyediaan perkhidmatan awal selaras dengan rancangan pengurusan orang ramai. Mereka juga telah mempersiapkan ruang halaman di Masjidil Haram untuk memudahkan para jemaah untuk beribadah. 

BACA: Bayi Dijangkiti Virus Marburg Di Ghana Maut

BACA JUGA: Ribut Petir, Hujan Lebat Dijangka Landa Klang, Petaling, Kuala Langat & Sepang Sehingga 12pm Ini

Sumber: Arab News

Faiz Mustafa