Siakap Keli
Kilat kuat sambar white house
Gambar: CNN

Kilat Kuat Sambar Dekat White House, 4 Orang Dilapor Kritikal

Kilat Kuat Sambar Dekat White House, 4 Orang Dilapor Kritikal

Empat orang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas petir menyambar kawasan berhampiran White House di Lafayette Square, pada Khamis.

Memetik CBS News, empat mangsa yang terdiri daripada dua lelaki dan dia perempuan tersebut telah dibawa ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dengan kecederaan yang boleh membawa maut. 

Jurucakap Jabatan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Dan Bomba, Vito Maggiolo berkata, sambaran petir tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 6.52 petang ketika mangsa berada berhampiran dengan patung Andrew Jackson dan sebatang pokok. 

Ejen Perkhidmatan Rahsia Beruniform dan pegawai Polis Tama A.S yang berada di kawasan dan menyaksikan tragedi tersebut telah memberikan pertolongan cemas kepada mangsa, lapor kata Maggiolo. 

Video yang merakam detik-detik kilat di kawasan berkenaan juga tersebar di media sosial. Berdasarkan rakaman tersebut dapat dilihat petir menyambar beberapa kali kawasan berkenaan. Ketika itu, hujan juga kelihatan turun.

White House merupakan kediaman rasmi dan juga pejabat operasi bagi Presiden Amerika Syarikat dan ahli keluarganya. Kediaman ini dianggap sebagai salah satu kediaman rasmi kerajaan yang paling terkenal di dunia.

Nama asalnya adalah ‘President’s Palace’, namun ditukar menjadi ‘Executive Mansion’ pada 1810 bagi mengelakkan orang ramai mengaitkan kediaman berkenaan dengan mana-mana institusi diraja.

Ia ditukar sekali lagi pada 1901 kepada White House semasa pemerintahan Theodore Roosevelt sebagai Presiden. Nama White House berasal dari warna bangunan tersebut yang terhasil akibat campuran bahan binaannya.

BACA: Berang Rambut Digunting, Pelajar Didakwa Ugut Bunuh & Nekad Pukul Guru Dengan Penyapu

Sumber: CBS News, Nancy Cordes

Faiz Mustafa