Siakap Keli
gadis suntik darah hiv
Gambar: India Times

Gadis Nekad Suntik Darah HIV Ke Dalam Tubuh, Nak Buktikan Cinta Pada Kekasih

Gadis Nekad Suntik Darah HIV Ke Dalam Tubuh, Nak Buktikan Cinta Pada Kekasih

Seorang remaja berusia 15 tahun dipercayai nekad menyuntik darah teman lelakinya yang disahkan positif HIV ke dalam tubuhnya demi membuktikan cintanya.

Memetik laporan India Times, gadis yang berasal dari kampung Suwal Kuchchi di Assam, India itu telah mengenali teman lelakinya menerusi laman Facebook.

Difahamkan, cinta di antara mereka mula berputik selepas sering berbual menerusi aplikasi itu sehingga dikatakan tidak dapat berenggang.

Menurut Kalinga TV, pasangan itu bercinta selama tiga tahun sebelum remaja perempuan terbabit bertindak melakukan perkara tersebut.

gadis nekad suntik darah hiv
Gambar: India Times

Remaja itu juga didakwa pernah beberapa kali cuba untuk lari bersama teman lelakinya sebelum ini tetapi dihalang oleh kedua ibu bapanya.

Bagaimanapun, tindakan yang dilakukannya kali ini benar-benar mengejutkan keluarga dan juga rakan-rakannya.

Sementara itu, gadis terbabit kini sedang dirawat di hospital. Namun, keadaannya tidak dinyatakan.

Teman lelakinya pula telah ditahan selepas laporan polis dibuat oleh keluarganya.

Kejadian ini mendapat perhatian pengguna Twitter di negara tersebut. Rata-rata dari mereka tidak menyangka bahawa seorang remaja boleh bertindak sedemikian.

Sumber: India Times

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Sofea

There's always another side to every story