Siakap Keli
jutawan britain berminat beli manchester united
Gambar: Sky Sport News

Jutawan Britain Berminat Beli Manchester United

Seorang jutawan Britain, Sir Jim Ratcliffe berminat untuk membeli gergasi Eropah, Manchester United sekiranya kelab itu sedia untuk dijual, lapor Sky Sport News.

Menurut sumber menjelaskan kepada Sky Sport News bahawa Ratcliffe serius untuk membeli kelab itu dan beberapa pemain lama terlibat, selain dia akan berbincang dengan Sir Dave Brailsford.

Jurucakap Ratcliffe memberitahu kepada The Times bahawa jika kelab itu bakal dijual, beliau adalah pembelinya.

“Sekiranya ia dapat direalisasikan, kami teruja untuk bercakap mengenai pemilikan jangka panjang kelab itu.

“Ia bukan soal wang. Ratcliffe melihat dari sudut sekarang dan kepentingan kelab itu kepada bandar dan merasakan ia waktu yang sesuai untuk menetapkan semula,” katanya.

Ratcliffe merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Ineos Group LTD  yang memiliki pasukan berbasikal Ineos Grenadiers, pasukan Ligue 1, Nice sejak 2019 dan kelab Liga Super Switzerland, FC Lausanne-Sport.

Isu tersebut timbul selepas terdapat laporan keluarga Glazer mempertimbangkan untuk menjual minoriti saham dalam Manchester United, menurut Bloomberg.

Maklum Bloomberg lagi , perbincangan juga telah diadakan bagi membawa masuk pelabur baharu namun United enggan mengulas mengenai khabar angin dan spekulasi.

The Glazer yang merupakan pemilik Manchester United sejak 2005 terpalit dengan isu prestasi semasa kelabnya itu. Perkara itu telah mengundang kemarahan penyokong.

jutawan britain berminat beli manchester united
Gambar: Sky Sport News

Bagaimanapun, menurut laporan Ketua Wartawan Sky Sports, Kaveh Solhekol berkata, “Keluarga Glazer tidak mahu menjual Manchester United dan hanya mahu menarik lebih banyak pelaburan menerusi Blommberg,”

Jutawan berusia 69 tahun itu juga merupakan peminat Manchester United sebelum ini telah menawarkan RM22.88 bilion untuk membeli Chelsea namun ditolak pemiliknya yang juga ‘taikun’ bisnes US, Todd Boehly pada musim panas baru-baru ini.

United bakal menerima kunjungan Liverpool 23 Ogos ini di Old Trafford selepas mengharungi dua perlawanan sukar Liga Perdana Inggeris pada awal musim selepas tewas kepada Brighton 1-2 dan Brentford 0-4.

Juara liga EPL sebanyak 13 kali itu kini menduduki tangga tercorot liga selepas mengharungi dua perlawanan tanpa sebarang mata.

Terdahulu, pengarah syarikat Tesla dan pemilik aplikasi Twitter, Elon Musk mengumumkan dia mendakwa mahu membeli kelab gergasi tersebut hingga mendatangkan persoalan ramai.

Dalam satu ciapan di Twitter pagi semalam, pada awalnya Elon menjelaskan tentang prinsipnya dalam memberi sokongan secara adil kepada dua haluan parti politik.

Dalam masa sama, dia juga memaklumkan dipercayai akan memiliki The Red Devils hingga pengumuman itu membuatkan ramai terkejut.

“Supaya semua jelas, saya menyokong sebahagian Parti Republik (kiri) dan sebahagian Parti Demokratik (kanan).

“Juga, saya membeli Manchester United. Sama sama (terima kasih),” jelasnya di Twitter.

Bagaimanapun segala persoalan terjawab apabila Elon dengan jujurnya mengaku bahawa dia sekadar bergurau, sebaliknya tidak mahu membeli mana-mana pasukan buat masa ini.

Sumber: Sky Sport News

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?