Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pemain baru Manchester United, Antony Matheus dos Santos berkemungkinan diturunkan buat kali pertama dalam perlawanan menentang Arsenal pada malam ini, lapor Manchester Evening News.
Dalam satu hantaran di Twitter milik pemain kelahiran Brazil itu pada petang tadi memaparkan satu rakaman mengenai stadium kebanggaan United, Old Trafford.
Perkara itu mencetuskan tanda tanya buat para peminat kelab itu menjelang sepak mula malam ini menentang anak didik Mikel Arteta di gelanggang keramat mereka.
“Sejarah baharu!! @ManUtd @premierleague,” tulisnya dalam satu perkongsian di platform media sosial berkenaan.
Sekiranya bekas pemain sayap Ajax tersebut diturunkan, ia sekali gus bakal menjadi debut sulungnya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Manchester United pada malam ini bakal berentap di gelanggang sendiri dalam pertembungan keenam liga menentang kunjungan The Gunners pada jam 11.30 malam nanti.
Selepas masing-masing melalui lima perlawanan, Arsenal kini mendahului carta liga di kedudukan pertama dengan pungutan mata sebanyak 15 mata, manakala United berada ditangga kelapan dengan sembilan mata.
Terdahulu, Antony secara rasmi menjadi pemain United apabila dia melengkapkan jendela perpindahan terakhir United selepas didatangkan dari Ajax dengan nilai RM423 juta bersamaan 95 juta euro.
Pada awalnya kelab dari Amsterdam, Belanda itu tidak mahu menjual pemain tersebut ekoran sudah berada pada lewat jendela perpindahan.
Bagaimanapun, Antony cuba memprotes tindakan kelabnya hingga menimbulkan kemarahan pengurus Ajax, Alfred Alfred Schreuder sebelum berjaya terbang ke England.

Memetik laporan Siakap Keli terdahulu, seorang jutawan Britain, Sir Jim Ratcliffe dilaporkan berminat untuk membeli gergasi Eropah, Manchester United sekiranya kelab itu sedia untuk dijual, lapor Sky Sport News.
Menurut sumber menjelaskan kepada Sky Sport News bahawa Ratcliffe serius untuk membeli kelab itu dan beberapa pemain lama terlibat, selain dia akan berbincang dengan Sir Dave Brailsford.
Jurucakap Ratcliffe memberitahu kepada The Times bahawa jika kelab itu bakal dijual, beliau adalah pembelinya.
“Sekiranya ia dapat direalisasikan, kami teruja untuk bercakap mengenai pemilikan jangka panjang kelab itu.
“Ia bukan soal wang. Ratcliffe melihat dari sudut sekarang dan kepentingan kelab itu kepada bandar dan merasakan ia waktu yang sesuai untuk menetapkan semula,” katanya.
Ratcliffe merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Ineos Group LTD yang memiliki pasukan berbasikal Ineos Grenadiers, pasukan Ligue 1, Nice sejak 2019 dan kelab Liga Super Switzerland, FC Lausanne-Sport.
Isu tersebut timbul selepas terdapat laporan keluarga Glazer mempertimbangkan untuk menjual minoriti saham dalam Manchester United, menurut Bloomberg.
BACA JUGA: Jutawan Britain Berminat Beli Manchester United
Sumber: Manchester Evening News