Siakap Keli
kenali lady jane grey
Gambar: Britain Magazine/Paul Delaroche via Historic UK

Digelar Ratu 9 Hari, Kenali Lady Jane Grey, Ratu Paling Singkat Memerintah Dalam Sejarah

Digelar Ratu 9 Hari, Kenali Lady Jane Grey, Ratu Paling Singkat Memerintah Dalam Sejarah

Sejak dari dahulu, sistem pemerintahan di England adalah merangkumi sebanyak 37 generasi. Sepanjang tempoh itu, sebanyak 61 kaum kerabat diraja yang telah menaiki takhta, lapor Historic UK.

Antara golongan diraja yang dikenali ramai ialah Ratu Elizabeth II yang baru sahaja mangkat pada malam Khamis lalu. Ratu Elizabeth II merupakan pemegang takhta England yang paling lama dengan memerintah selama 70 tahun sejak 1952.

Namun pernahkan anda mendengar mengenai seorang ratu yang hanya memerintah selama sembilan hari dan merupakan ratu yang paling singkat tempoh pemerintahannya dalam sejarah England?

Sebelum mengetahui lebih lanjut mengenai peristiwa tersebut, mari kita selidiki terlebih dahulu mengenai latar belakangnya.

Latar belakang Lady Jane Grey

Lady Jane Grey atau digelar sebagai The Nine Days Queen merupakan kaum kerabat diraja dan seorang Ratu England pada tahun 1553.

Jane dilahirkan pada Oktober 1537 iaitu bulan yang sama dengan kelahiran anak lelaki Henry VII, Edward VI. Bapa Jane, Henry Grey digelar ‘Marquess of Dorset’ manakala ibunya pula bernama Frances Brandon.

Selain itu, Jane (anak sulung) mempunyai dua adik perempuan, Katherine dan Mary yang dibesarkan sebagai Protestan ekoran kedua-dua ibu dan ayahnya menyokong kepercayaan itu.

Jane merupakan seorang yang bersemangat tinggi dan bijak dalam pendidikan. Buktinya, beliau mampu bertutur dan menulis dalam Bahasa Yunani, Latin, Perancis, Ibrani, dan Itali pada usia yang muda.

Mangsa perebutan kuasa

Difahamkan, Lady Jane menjadi mangsa kepada perebutan kuasa sewaktu zaman pemerintahan Tudor, England.

Paul Delaroche via Historic UK

Kisah bermula setelah Raja Henry VIII mangkat pada tahun 1547 yang mengubah hidup Jane apabila dia mendapat perhatian ramai golongan Protestan Eropah untuk berkahwin dengan Raja Edward VI bagi pengaruh mereka semakin meluas di England dan mengelakkan daripada saudara tiri Edward, Mary I yang membawa ideologi Katolik dan tidak disenangi ramai.

Bagaimanapun, tahap kesihatan Raja Edward VI semakin merosot dan John Dudley, Duke of Northumberland yang merupakan pelindung kepadanya mencadangkan Jane berkahwin dengan anaknya Lord Guildford Dudley sekaligus mengetepikan dua lagi calon saudara perempuannya pada Mei 1553.

Oleh itu, Raja Edward VI yang bersetuju dengan cadangan itu menyerahkan takhta kepada Jane. Selang beberapa minggu kemudian Raja Edward VI mangkat pada 6 Julai 1553 di Istana Greenwich.

Pada awalnya, Jane enggan menerima tawaran tersebut namun menerimanya selepas dipujuk suaminya lalu mengambil alih tugas Ratu bersama suaminya Lord Guildford Dudley.

Pada 10 Julai 1553, Lady Jane telah ditabalkan menjadi ratu dalam usaha meraih kepercayaan Protestan di England.

Pun begitu, pada 19 Julai 1553, beliau telah digulingkan selepas menjadi ratu selama sembilan hari.

Perkara itu berlaku disebabkan rancangan licik John Dudley, Duke of Northumberland (penasihat Raja Henry VIII) yang membuatkan orang awam dan golongan bangsawan tidak menyedari akan perkara itu.

Penolakan takhta Lady Jane dikeruhkan lagi dengan kehadiran penyokong Ratu Mary I di Istana Framlingham di Suffolk yang mengisyhtiharkan beliau sebagai Ratu England yang baru.

Tambahan lagi, Lady Jane juga sering disisihkan dengan kemashyuran Raja Edward VI dan adik tirinya Ratu Mary I pada suatu ketika dahulu ekoran dianggap sebagai boneka yang lemah.

Peristiwa itu menjadikan pemerintahannya paling singkat yang pernah ada di negara tersebut.

Gambar: Britain Magazine
Gambar: Historic UK (Ratu Mary I)

Ekoran itu, Jane telah ditahan dan dipenjarakan di sebuah penjara di Tower Green bersebelahan Queen’s House dan Guildford.

Difahamkan, Northumberland yang merupakan dalang disebalik peristiwa itu telah dihukum bunuh.

Sewaktu dipenjara, Jane menulis surat pengampunan kepada Ratu Mary I dan mendapatkan belas kasihan.

Namun, hasrat itu hilang selepas ayah Jane, Henry Grey ditangkap dalam satu pemberontakan terhadap Ratu Mary I yang disertai bersama Sir Thomas Wyatt pada tahun 1554.

Bapanya yang ditangkap telah dihukum pancung di Istana Astley di Warwickshire manakala Lady Jane yang dibawa ke Green Tower dipaksa melihat suaminya, Guildford dipancung sebelum diarak menaiki kuda.

Selepas itu, Jane juga diikat pada bahagian mata oleh seorang pemenggal sebelum dipenggal menggunakan sebilah kapak pada 12 Februari 1554. Mayatnya pula telah dikebumikan di Chapel Royal of St Peter ad Vincula di Menara London.

Kisah itu menjadikan Lady Jane Grey Ratu England yang paling singkat memerintah dalam sejarah.

Sumber: Historic UK,Britain Magazine

BACA JUGA: Belum Ada TikTok, Ini 7 Mainan ‘Rare’ Zaman Dulu Yang Sangat Rugi Budak Sekarang Tak Rasa

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?