Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Buat Kecoh & Biadab Depan Keranda Mendiang Ratu Elizabeth II, Pemuda Dicekup Polis

Nurhanis
pemuda biadab depan keranda ratu elizabeth
Kredit: Getty Images/Twitter via Mirror/Daily Mail

Gara-gara buat kecoh dan berlaku biadab di depan keranda mendiang Ratu Elizabeth II semasa majlis kemangkatan, seorang pemuda dicekup polis & didakwa.

Seorang lelaki didakwa membuat gangguan semasa majlis berkabung kemangkatan Ratu Elizabeth II dengan keluar barisan dan meluru ke arah keranda mendiang dalam kejadian di Westminster Hall baru-baru ini.

Menurut kenyataan Scotland Yard seperti yang dilapor Mirror, tindakan lelaki berusia 28 tahun dari Barleycorn Way, London itu dipercayai tidak beradab serta menyebabkan gangguan kepada orang awam.

“Tertuduh didakwa (oleh Polis Metropolitan) dengan kesalahan di bawah Seksyen 4A Akta Ketenteraman Awam tingkah laku yang bertujuan menyebabkan gangguan atau kesusahan.

“Dia akan hadir dalam tahanan di Mahkamah Majistret Westminster pada hari Isnin, 19 September,” kata kenyataan itu memetik Mirror.

Imbas kembali ketika hari kejadian sekitar pukul 10 malam, kekacauan itu berlaku semasa majlis berkabung di dalam dewan berkenaan terhenti seketika untuk tempoh yang singkat.

Merujuk laporan Daily Mail, tertuduh ketika itu keluar dari barisan secara tiba-tiba sebelum meluru ke arah keranda mendiang yang sedang diusung oleh pegawai majlis kemangkatan Istana Westminster.

Difahamkan, tertuduh melakukan kekacauan itu selepas menunggu hampir 14 jam lamanya di barisan orang ramai dalam majlis tersebut.

Pegawai penguatkuasa ketika itu sempat menangkapnya di atas lantai selepas didapati ‘mengeruhkan’ suasana perbarisan hingga protokol majlis kemangkatan tersebut terganggu.

Difahamkan, tertuduh merupakan individu kedua yang didakwa melakukan kesalahan semasa dalam barisan untuk melihat keranda mendiang.

Sebelum itu, tertuduh kejadian pertama didakwa turut melakukan jenayah hampir serupa dengan menolak orang yang berkabung ketika mereka menunggu dalam barisan di Victoria Tower Gardens pada Rabu lepas.

Ekoran kejadian itu, tertuduh pertama berusia 19 tahun terbabit dikatakan melarikan diri ke Sungai Thames untuk mengelak daripada ditangkap polis.

Tertuduh terbabit bagaimanapun kemudiannya direman dalam tahanan pada Jumaat selepas hadir di Mahkamah Majistret Westminster.

Menurut fakta kes, tertuduh ketika itu didakwa atas dua pertuduhan melakukan serangan seksual serta dua lagi pertuduhan melanggar perintah pencegahan bahaya seksual.

Sumber: Mirror UK