Siakap Keli
Naik Kurap Lepas Gunting Rambut Di "Barbershop"
Gambar via Daily Mail

Mungkin Peralatan Tak Bersih, Wanita Dakwa Anaknya Naik Kurap Lepas Gunting Rambut Di “Barbershop”

Mungkin Peralatan Tak Bersih, Wanita Dakwa Anaknya Naik Kurap Lepas Gunting Rambut Di “Barbershop”

Seorang ibu mendakwa anaknya mengalami masalah kulit dipercayai kurap yang teruk selepas gunting rambut di sebuah Barbershop dan memberi amaran kepada ibu bapa lain supaya lebih berhati-hati dengan kedai yang mempunyai amalan sanitasi yang teruk.

Memetik Daily Mail, wanita itu telah membawa anak lelakinya yang berusia 11 tahun ke kedai gunting rambut untuk mendapatkan khidmat potongan rambut sempena hari kelahirannya pada Ahad, 4 September.

Namun, setelah beberapa hari kemudian, anak lelakinya itu mula mengalami gatal-gatal dan ruam di bahagian belakang kepala.

Wanita tersebut menyatakan bahawa dia telah pun menghubungi pihak kedai dan menjelaskan apa yang berlaku.

Salah seorang kakitangan kedai tersebut kemudian berkata bahawa dia merupakan pelanggan ketiga yang hadir pada hari itu dengan aduan yang sama.

“Saya terkejut dengan sikap tidak ambil peduli dari mereka. Ia adalah kes kurap paling teruk yang pernah saya lihat.

“Tambahan pula, kedai tersebut bukanlah terletak di celah-celah lorong tapi sebuah francais yang mempunyai beberapa cawangan di kawasan lain,” jelasnya, lapor Daily Mail.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Difahamkan, kedai tersebut telah memohon maaf, namun tidak memberikan sebarang ganti rugi terhadap apa yang telah berlaku.

Walaupun jangkitan kulit tersebut telah mula beransur pulih setelah melakukan beberapa rawatan, namun kejadian itu benar-benar menyakitkan bagi anaknya.

“Dia malu apabila berada di luar dan berada tidak selasa. Saya akan beli gunting dan akan melakukannya sendiri selepas ini,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, wanita tersebut telah menghubungi pihak NSW Health namun mereka berkata bahawa kedai gunting rambut merupakan hal diluar bidang mereka dan mengarahkannya untuk melaporkan hal tersebut kepada Majlis Bandaraya Sydney.

Wanita tersebut juga sempat berkongsikan beberapa gambar di laman Facebook miliknya untuk memberikan kesedaran kepada para ibu bapa lain berkaitan kepentingan kebersihan sehingga berjaya meraih 200 respon dari orang ramai yang melaporkan kes yang sama.

Disebabkan itu, wanita tersebut berkata, dia ingin meningkatkan kesedaran berkaitan kepentingan untuk mengajukan soalan kepada tukang gunting rambut mengenai pembasmian kuman pada semua peralatan mereka.

BACA: “Jangan Risau Kantoi,” Abang Ni Kongsi ‘Helah’ Nak Ajak Member Pergi Bangkok Secara Percuma

BACA JUGA: “Weh Anak Gajah Dah Datang,” Jadi Tradisi Toksik Sejak Dulu, Ini Antara Buli Lisan Yang Sering Dianggap ‘Gurauan’

Sumber: Daily Mail

Faiz Mustafa

"