Siakap Keli
Gambar: SWNS Via Metro UK

Tak Sengaja Telan, Pengetip Kuku Tersekat Dalam Kerongkong Bayi 8 Bulan

Tak Sengaja Telan, Pengetip Kuku Tersekat Dalam Kerongkong Bayi 8 Bulan

Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan terpaksa dikejarkan ke hopital untuk menerima rawatan lanjut di Nashik, Barat India apabila tercekik pemotong kuku dalam kerongkongnya, lapor Metro UK.

Kejadian itu disedari oleh ibu bapanya selepas mereka mendapati bayi berkenaan tertelan objek sepanjang dua inci tersebut ketika sedang bermain.

Hasil imbasan sinar-X memaparkan pengetip kuku itu tersekat pada bawah kerongkongnya dan hampir menghalang laluan pernafasan sepenuhnya.

Menurut Pakar Perubatan, Dr Vasantrao Pawar, beliau telah berjaya mengeluarkan objek berkenaan melalui hasil pembedahan dalam tempoh sejam.

Gambar: Metro UK

Jelas Pawar, bayi terbabit kini kembali pulih seperti sediakala selepas pembedahan dilakukan.

Untuk makluman, kanak-kanak kecil lebih terdedah untuk cedera parah sekiranya mereka menelan objek kerana lapisan ususnya belum cukup kuat untuk ‘menerima’ objek tersebut.

Terdahulu seorang pakar bedah terpaksa mengeluarkan 23 magnet daripada seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di Lewes, Sussex pada tahun lalu.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit cuba ‘meniru’ trend di TikTok yang berpura-pura mempunyai tindikan pada lidah.

Bagaimanapun, dia telah tertelan magnet tersebut yang melekat di dalam ususnya selama beberapa hari.

Menurut ibu kanak-kanak itu berkata kepada BBC, hasil diagnosis dan sinaran-X yang dilakukan, doktor telah mengenal pasti magnet tersebut sebelum membuat pembedahan dan dia dilaporkan kembali pulih.

Sumber: Metro UK

BACA: “Baju Diconteng, Buku Dikoyak & Dibuang, Tapi Akhirnya Aku Yang Dimarahi Guru, Siap Kena Pulau Dengan Kawan-kawan”

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?