Siakap Keli
penculikan kanak-kanak
Gambar: Bernama

Mesej Penculikan Kanak-Kanak Untuk Penjualan Organ Adalah Mesej Lama – Polis

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) — Polis menafikan terdapat kes penculikan enam kanak-kanak untuk tujuan penjualan organ seperti mesej yang tular menerusi media sosial sebaliknya ia adalah mesej lama yang disebarkan semula.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) ACP A. Skandaguru berkata semakan mendapati mesej palsu yang meminta masyarakat berwaspada dengan penculikan itu tular sejak 2017 dan kembali diulang siar di beberapa platform media sosial.

“Kanak-kanak ini dikatakan diberi bahan terlarang yang menyebabkan mereka tidak mampu bercakap untuk memudahkan mereka dilarikan menaiki lori ayam ke negara jiran bagi tujuan pemindahan organ.

“Mesej tersebut juga mendakwa pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan ke atas lori berkenaan dan menjumpai enam kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Skandaguru pihak PDRM tidak menerima sebarang laporan berkaitan penculikan dan penjualan organ kanak-kanak setakat ini.

Beliau berkata individu yang dikesan menyebarkan berita palsu boleh disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Sehubungan itu, PDRM menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dan menyebarkan berita tidak berasas serta tidak ditentukan kesahihannya.

BACA JUGA: Oyen Buat Hal Lagi, Kali Ini Menyamar Jadi Kapibara Di Zoo Negara

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Ibu Sayu Dulu Main Buka Oxygen Kejap-kejap, Kini Kat ‘Syurga’ Tak Pakai Dah, “Mesti Aisyah Gembira Sangat”

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?