Siakap Keli
Kredit: Google/Thatsmags.com

Klook Teraju Pemulihan Pelancongan Asia Pasifik, Pertumbuhan Pendapatan Meningkat 300% Selari Ulang Tahun Ke-8

Kuala Lumpur, 30 September 2022 – Klook, platform kegiatan dan aktiviti pelancongan terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa terdapat peningkatan (lebih dari 300% pertumbuhan QoQ) pelancongan rentas sempadan di salah satu kawasan terkuatnya di Asia Pasifik ketika sambutan ulang tahunnya yang ke lapan.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ini, pelanggan Klook boleh menantikan pelbagai tawaran menarik dan juga ciri perjalanan baharu di platform. Sejajar dengan pelonggaran sekatan sempadan yang merentasi destinasi teratas APAC, Klook berhasrat untuk mengikuti trend ini dan membantu pengguna untuk meraih semula kegembiraan pengguna mereka untuk melancong selain mengenalpasti tawaran terbaik yang ada di setiap destinasi.

Dengan situasi pandemik yang semakin pulih, keinginan melancong kekal berada di paras yang tinggi dengan Klook melihat peningkatan carian lebih dari 140% di platform, dari tahun ke tahun. Syarikat itu tidak hanya melipatgandakan perkhidmatan yang boleh ditempah, malah destinasi seperti Singapura, Korea Selatan, Australia dan Malaysia juga memaparkan pemulihan yang kukuh, dengan Klook berjaya mencapai peningkatan prestasi terbaik sebanyak 40% selain mengatasi pendapatan rentas sempadan sebelum Covid.

Klook telah menyaksikan lonjakan minat yang luar biasa sejak Jepun, Hong Kong dan Taiwan mengumumkan pembukaan semula pintu sempadan mereka kepada pelancong sekaligus memaparkan terdapat permintaan tinggi daripada pelancong untuk ke negara-negara ini. Sejak Jepun mengumumkan pembukaan pintu sempadan, syarikat itu telah menyaksikan peningkatan sepuluh kali ganda dalam carian untuk ke Jepun, dengan pelancong dari Taiwan, Hong Kong dan Singapura.

“Sebagai platform kegiatan dan pelancongan terkemuka di Asia, kami akan terus mengatasi had kemampuan kami dan berusaha untuk menjadi pemangkin pemulihan pelancongan di rantau ini. Selain melebihi hasil pendapatan pra-pandemik di kebanyakan pasaran kita, kekuatan 2Q kita juga menonjolkan kekuatan jenama dan industri di mana kita beroperasi, ” kata Ethan Lin, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Klook.

“Hakikatnya, ketika kita menyambut ulang tahun kelapan kita, saya dengan bangga ingin mengatakan bahawa kita telah muncul lebih kuat dan lebih berdaya tahan sejak dua tahun kebelakangan ini, dan percayalah bahawa yang terbaik masih tetap akan datang.”

Klook juga telah bekerjasama dengan lembaga pelancongan bagi berkongsi pelbagai aspek untuk membina semula keyakinan untuk melancong dan mempercepat pemulihan pelancongan. Kerjasama ini termasuk mencipta kandungan yang menarik bagi menghidupkan kembali semangat untuk melancong, menyusun dan membangunkan bersama pengalaman baharu dan unik bagi memenuhi perubahan tingkah laku pengguna, dan kempen pemasaran serantau yang kreatif bagi menggalakkan dan menambat keinginan pengguna untuk mengembara semula.

Antara kerjasama terbaharu yang telah dibentuk oleh syarikat itu ialah bersama dengan Lembaga Pelancongan Singapura, Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Pertubuhan Pelancongan Korea dan Tourism Australia.

Menginspirasi Generasi Pelancong Seterusnya

“Selepas lebih dua tahun pandemik, ramai pelancong teruja untuk kembali melancong. Itulah antara sebab kami menggandakan usaha untuk memberi pengalaman terbaik dan acara berprestij ke platform kami seperti Avatar: The Experience di Singapura untuk memberi inspirasi dan menyemarakkan lagi keinginan melancong.

Masa depan industri pelancongan akan menjadi lebih cerah sebaik sahaja kami merebut peluang ini untuk bersama-sama melahirkan generasi yang mempunyai semangat pengembara dan menempah pengalaman,” kata Eric Gnock Fah, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Operasi, Klook.

Selaras dengan pemulihan industri pelancongan, pengalaman yang dirasai dan diteroka oleh pelancong mungkin boleh menjadi mata wang masa hadapan yang dahagakan pengalaman tulen dan berkualiti untuk dikongsi bersama. Bagi memenuhi tabiat pengguna yang semakin berkembang dan menjadikan proses carian dan tempahan perjalanan menjadi lebih lancar, Klook akan memperkenalkan beberapa peningkatan platform.

Salah satu ciri penting ialah rekayasa semula suapan penemuan destinasi yang dikuasakan oleh kandungan yang dihasilkan pengguna (UGC) dari repositori Klook yang terdiri daripada lebih 7 juta ulasan pengguna yang disahkan. Dengan begitu banyak destinasi baharu dan lama untuk diterokai, sama ada di dalam dan di luar negara, pelanggan dapat melihat cadangan yang diberikan oleh warga tempatan mengenai perkara terbaik yang ditawarkan di destinasi yang dipilih. Klook juga akan memperkenalkan fitur Trips baharu, yang membolehkan pengguna untuk menghasilkan jadual perjalanan yang diperibadikan secara automatik dan boleh dikongsi dengan mudah bersama dengan rakan dan keluarga.

Tawaran Gembira untuk Pelancong

Klook bekerjasama dengan peniaganya untuk terus memberi pelbagai hadiah menarik dan tawaran pelancongan terbaik kepada pengguna. Bermula 29 September hingga 15 Oktober, pengguna boleh menyertai pelbagai aktiviti seperti Klook Joy Roulette, 8pm Flash Deals, Daily Destination Deals dan banyak lagi. Klook juga kembali menawarkan aktiviti menyeronokkan dan tawaran luar talian khas membantu pengguna menemui semula keseronokan dan kegembiraan untuk melancong.

Dalam tempoh ini, setiap hari Khamis hingga Sabtu jam 6 petang hingga 11 malam, rakyat Malaysia boleh terus mengunjungi reruai Klook di Resort World Genting’s Starlight Festival bagi mendapatkan potongan tawaran destinasi eksklusif sehingga 15%, Tawaran Flash juga berlangsung pada setiap hari tepat jam 8 malam dengan peluang potongan 50% untuk semua taman tema dan juga peluang bagi memenangi baucar tunai sehingga RM888!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran perjalanan ulang tahun ke-8 Klook, sila layari https://www.klook.com/blog/exciting-things-klooks-8th-birthday

Amira

Love yourself.