Siakap Keli
Wanita Dakwa Parcel Dibuka
Kredit Mothership/Facebook

Wanita Dakwa Parcel Dibuka, “Order” iPhone “Online” Tapi Yang Sampai Kotak Kosong

Wanita Dakwa Parcel Dibuka, “Order” iPhone “Online” Tapi Yang Sampai Kotak Kosong

Seorang wanita di Singapura yang membeli iPhone 13 Pro Max secara atas talian pada 25 September lalu dengan harga RM 7,600 dilaporkan hanya mendapat kotak kosong.

Menurut Mothership, telefon itu dihantar ke rumahnya dua hari selepas pesanan dibuat. Telefon dan aksesori USB-C juga dilapor telah hilang.

Wanita yang berusia 3o tahun itu kemudian memuat naik kemaskini di Facebook miliknya pada 29 September untuk menceritakan apa yang berlaku.

Menurut laman jualan atas talian itu, bungkusan tersebut sepatutnya mengandungi iPhone 13 Pro Max dan telah pun dihantar ke rumah wanita itu seperti yang sepatutnya pada 27 September lalu.

Namun sebaik sahaja wanita itu membuka bungkusan tersebut, dia mendapati kotak itu dalam keadaan kosong.

Kredit Mothership

Dalam catatannya, dia berkongsi beberapa gambar yang didakwa menunjukkan pembungkus bungkusan itu telah dikoyak di bahagian dalamnya.

Bungkusan itu dikatakan telah dibungkus semula dengan pembungkus yang baharu.

Kredit Mothership

Suami kepada wanita itu kemudian telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut pada hari yang sama barang berkenaan sampai.

Dalam catatannya juga, dia turut berkongsi rakaman kamera litar tertutup yang diambil daripada kamera jirannya. Rakaman itu menunjukkan pekerja penghantaran itu telah menghantar bungkusan terbabit di rumahnya sekitar jam 3.15 petang pada hari tersebut.

Kredit Mothership

Kemaskini wanita itu juga merayu agar penghantar bungkusan tersebut untuk tampil memberi kerjasama bagi membantu siasatan kes tersebut.

Sumber: Mothership.sg

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka