Siakap Keli
Kredit SaoStar

Umur Sekadar Nombor, Lelaki Akhirnya Temui Cinta Di Usia 78 Tahun

Umur Sekadar Nombor, Lelaki Akhirnya Temui Cinta Di Usia 78 Tahun

Pasangan pengantin baharu di Filipina menjadi tular di media sosial kerana perbezaan jarak usia kedua pasangan itu sebanyak 60 tahun, lapor Suara.com.

Menurut SaoStar, lelaki tersebut merupakan seorang pesara petani bernama Rashed Mangacop, 78 tahun dan telah berkahwin dengan seorang gadis iaitu cinta pertamanya pada perbezaan jarak umur 60 tahun.

Dilaporkan nama gadis itu ialah Halima Abdullah yang kini berusia 18 tahun. Rashed pertama kali bertemu dengan Halima pada tiga tahun lalu di majlis makan malam di wilayah Cagayan.

Menurut anak saudara Rashed, lelaki itu belum pernah berkahwin atau mempunyai teman wanita sepanjang hidupnya.

Gadis berusia 18 tahun tersebut dilaporkan adalah cinta pertama lelaki berusia 78 tahun itu. Begitu juga dengan Halima, Rashed juga merupakan cinta pertama buatnya. Menurut laporan media Filipina, mereka berdua telah bercinta selama tiga tahun.

Pada akhirnya, pasangan dua sejoli itu membuat keputusan penting untuk melangsungkan perkahwinan walaupun dengan perbezaan jarak umur 60 tahun. Pasangan itu melangsungkan perkahwinan mereka mengikut syariat Islam.

“Tiada yang menentang keputusan pasangan itu, keluarga merestui hubungan mereka. Malah kedua-dua belah keluarga menyambut mereka dengan meriah,” kata Ben Mangacop, anak saudara Rashed.

Namun begitu, ramai yang tidak percaya dengan berita perkahwinan tersebut kerana mempunyai jurang umur yang jauh berbeza.

Ada juga yang berpendapat bahawa perkahwinan itu perkahwinan yang diatur keluarga kerana budaya Islam di Filipina.

Tidak menghiraukan respon itu, keluarga Rashed malah berasa senang dan bangga dengan perkahwinan itu. Mereka berkata pasangan pengantin itu berjodoh kerana perasaan cinta.

Di bawah undang-undang di Filipina, seseorang di bawah umur 21 tahun boleh berkahwin tetapi mesti mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa terlebih dahulu.

Pasangan pengantin baharu itu dikatakan kini tinggal di rumah baharu mereka di Bandar Carmen.

Sumber: Suara.com

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka