Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tular Video Perodua Alza Memandu Melulu, Pemandu Berjaya Dikesan & Disaman

Perodua Alza Memandu Melulu
Gambar via Sinar Harian

Tular Video Perodua Alza Memandu Melulu, Pemandu Berjaya Dikesan & Disaman

Pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza hitam dilaporkan telah dikenakan tindakan saman susulan melakukan kesalahan trafik di persimpangan Kompleks Pentadbiran Daerah Rembau pada Jumaat, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, pemandu kenderaan tersebut yang berusia 24 tahun telah berjaya dikesan oleh pihak polis pada hari yang sama di Seremban.

“Polis mengesan video tular berhubung kejadian itu kira-kira jam 8.30 pagi Jumaat dan menerusi video itu mendapati kenderaan MPV tersebut datang dari arah Seremban menghala ke Tampin.

“Sebaik sampai di tempat kejadian, MPV berkenaan telah memotong sebuah kenderaan di garisan berkembar sebelum bergerak dalam keadaan lampu isyarat masih merah,” katanya, lapor Sinar Harian.

Dalam pada itu, siasatan lanjut berkaitan kes tersebut masih lagi diteruskan di bawah Kaedah 17 LN 167/59.

Terdahulu, rakaman video yang memaparkan sebuah Perodua Alza memandu secara melulu dan melakukan kesalahan trafik telah menjadi tular di media sosial.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

BACA JUGA: “Weh Anak Gajah Dah Datang,” Jadi Tradisi Toksik Sejak Dulu, Ini Antara Buli Lisan Yang Sering Dianggap ‘Gurauan’

Sumber: Sinar Harian