Siakap Keli
Gambar: NASA

Terletak 6,500 Tahun Cahaya Dari Bumi, NASA Dedah Imej Terbaharu “Pillars Of Creation”

Terletak 6,500 Tahun Cahaya Dari Bumi, NASA Dedah  Imej Terbaharu “Pillars Of Creation”

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah mendedahkan gambar terbaru Pillars of Creation di Eagle Nebula selepas ia berjaya dicerap oleh Teleskop James Webb baru-baru ini.

Menurut NASA, potret yang diambil itu terletak sekitar 6,500 tahun cahaya jauhnya.

Difahamkan, rakaman bintang itu berjaya diambil dengan mendedahkan pembentukan awan gas dan debu yang padat.

Berdasarkan imej tersebut, ia memaparkan tiang debu yang berdiri daripada batu pada bahagian atas termasuk habuk yang muncul separa lutsinar dalam cahaya inframerah.

Habuk dan gas lutsinar itu juga dikenali sebagai medium antara bintang di bahagian paling padat cakera galaksi Bima Sakti hingga mampu menghalang pandangan terhadap alam semesta yang lebih jauh.

NASA Dedah Imej Terbaharu "Pillars Of Creation"
Gambar: NASA, ESA, CSA, STScI

Apa yang lebih menarik adalah batu merah itu biasanya mempunyai pancang difraksi dan terletak di luar salah satu tiang debu. Setelah simpulan jisim mulai terbentuk dalam tiang gas itu, ia mulai membentuk graviti sendiri dan secara perlahan-lahan menjadi panas sebelum bintang baru muncul.

Sementara itu, garisan yang beralun seperti lava di tepi beberapa tiang debu itu merupakan lentingan bintang yang masih dalam bentuk gas dan habuk.

Penemuan ini bakal membantu saintis bagi merombak dan mengenal pasti pembentukan bintang dengan jauh lebih tepat.

Saintis turut mengkaji teori dan pemahaman mengenai bagaimana perkara menakjubkan itu terbentuk melalui pecahan awan berdebu selama berjuta-juta tahun .

Bintang baharu (bintang muda) yang terbentuk dianggarkan berumur beberapa ratus ribu tahun sahaja.

Terdahulu, kejadian itu pernah dicerap sebelum ini oleh Teleskop Angkasa Hubble NASA pada tahun 1995 sebelum dirakam semula pada tahun 2014.

Sumber: NASA

BACA: Berdepan Inflasi, Ramai Berjimat Buat Dua Tiga Kerja Sehari Nak Bagi Keluarga “Happy”

BACA JUGA: Beli ‘Milk Tea’ RM14.39 Je Dah Boleh Dapat Iphone Baru, Ni Trik Mudah Kalau Nak Menang

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?