Siakap Keli
Christopher Slayton
Gambar via IGN

Lain Dari Yang Lain, Remaja Hasilkan Skala Angkasa Lepas Guna Minecraft, Lengkap Dengan Planet

Lain Dari Yang Lain, Remaja Hasilkan Skala Angkasa Lepas Guna Minecraft, Lengkap Dengan Planet

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang juga merupakan seorang Youtuber, Christopher Slayton mencuri tumpuan komuniti atas talian apabila dia berkongsi karyanya iaitu susunan planet, lohong hitam, galaksi dan angkasa lepas menggunakan blok dalam Minecraft.

Memetik IGN, hampir sedekad sejak ia dilancarkan, Minecraft telah menjadi platform kreatif kepada berjuta-juga penggunanya dalam membina jajaran berasaskan blok. Terdapat pelbagai rekaan yang dihasilkan oleh para pengguna, bermula daripada Starship Enterprises sehinggalah pemandangan bandar seperti Gothic Yharnam dari Bloodborne. 

Tidak terkecuali, Christopher Slayton memanfaatkan teknologi itu dengan ciptaan skala yang besar iaitu mereka seluruh cakerawala, ataupun sekurang-kurangnya ruang angkasa yang mampu dicerap manusia setakat ini.

Remaja tersebut bermula dengan menghasilkan planet Bumi dahulu yang disifatkan sebagai mudah, dengan mengambil kira keseluruhan rekaan yang dihasilkan. Namun, untuk menghasilkan sebuah planet dengan warna permukaan yang mirip, serta awan dan pencahayaan tepat, ia sudahpun menelan masa selama tiga hari.

Enggan berputus asa walaupun berdepan dengan cabaran yang getir, Slayton memanfaatkan sepenuhnya ciri-ciri yang ditawarkan Mincraft seperti membenarkan pengguna melukis menggunakan blok cahaya untuk mencipta kecerunan dan kesan pencahayaan yang mengasyikkan hingga berjaya memukau mata yang melihatnya. 

Setelah selesai mencipta Bumi, Slayton kemudian beralih kepada planet-planet lain yang ada dalam Sistem Suria. Semua kerja-kerja ini turut menelan masa berhari-hari untuk disiapkan.

Lebih mengujakan, Slayton juga berjaya membina Matahari yang lengkap dengan bilangan suar suria apokaliptik hasil bantuan beberapa blok paling terang yang terdapat dalam Minecraft. 

Selesai dengan Matahari, skala objek angkasa yang mahu dihasilkan oleh Slayton bertambah besar apabila dia mengambil cabaran untuk menghasilan keajaiban angkasa lepas yang baru sahaja ditemui baru-baru ini, iaitu Pillar of Creation.

Dengan saiz sebenar selebar jarak 4.5 tahun cahaya, Slayton mengakui bahawa Pillar of Creation merupakan objek angkasa paling besar yang pernah dia hasilkan di dalam Minecraft. Bagaimanapun, mengambil kira faktor praktikaliti, Slayton menjelaskan bahawa rekaan di dalam Minecraftnya menggunakan skala yang bersesuain untuk dipersembahkan kepada penonton.

Jom lihat hasil karyanya dibawah.

@ignsea

The Known Universe, built in Mincraft! #kakigaming #gamingnews #minecraft #minecraftbuilding

♬ 【No drums】 Emotional space-like epic … – MoppySound

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: IGN

Faiz Mustafa