Siakap Keli
99 Speedmart
Gambar via 99 Speedmart

99 Speedmart Nafi Anjurkan Promosi Di Facebook, Minta Pengguna Jangan Klik Pautan Meragukan

99 Speedmart Nafi Anjurkan Promosi Di Facebook, Minta Pengguna Jangan Klik Pautan Meragukan

Pasaraya terkenal, 99 Speedmart melalui satu hantaran di laman facebook rasminya hari ini menafikan bahawa pihaknya menganjurkan sebarang promosi atau pemberian barangan seperti yang tular di sebuah halaman facebook baru-baru ini.

Justeru, pihaknya mengingatkan orang ramai sentiasa berhati-hati dan tidak melayari pautan yang disebarkan melalui halaman facebook tersebut atau memasukkan sebarang maklumat untuk mengelakkan data peribadi terdedah dan disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.

99 Speedmart juga meminta orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang sahih mengenai syarikatnya melalui laman facebook rasmi mereka yang boleh dikenal pasti melalui simbol “Blue Tick” atau Verified yang ada pada namanya.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: 99 Speedmart

Faiz Mustafa