Siakap Keli
Kredit Bagi Humor/Twitter

Detik Cemas Lelaki Nyaris Maut Dibaham Buaya Sedang Berehat Tepi Sungai

Detik Cemas Lelaki Nyaris Maut Dibaham Buaya Sedang Berehat Tepi Sungai

Sebuah klip video yang memaparkan aksi seorang lelaki hampir dibaham seekor buaya besar ketika dia cuba memegang buaya tersebut di tebing sebatang sungai menjadi tular di Indonesia.

Video yang dimuat naik di Twitter oleh @bagihumor pada Rabu lalu, turut menimbulkan rasa panik dalam kalangan warganet yang menonton.

Berdasarkan rakaman video tersebut, kelihatan bahawa terdapat seekor buaya yang bersaiz agak besar dan panjang sedang berehat di tebing sebatang sungai.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Video yang berdurasi 26 saat itu memaparkan seorang lelaki bertopi mendekati buaya tersebut sebelum bertindak cuba memegang ekor haiwan pemangsa berkenaan.

Apabila buaya itu tidak memberikan sebarang respon sewaktu lelaki tersebut memegang ekornya, dia kemudian cuba untuk membelai bahagian belakang badannya pula.

Namun begitu, secara tiba-tiba reptilia besar itu telah memusingkan kepalanya dan bertindak seakan mahu menyerang lelaki tersebut.

Terkejut dengan pergerakan buaya berkenaan, lelaki tersebut telah tergelincir sebelum terjatuh. Mujur buaya itu tidak menerkamnya dan lelaki tersebut juga berjaya bangun semula untuk menyelamatkan dirinya.

Baca: “Memang Barang Jadi,” Sehari Je Meniaga Tapi Beribu Orang Datang Serbu, Peniaga Lega Jualan Dapat Sambutan

Terdengar juga suara jeritan panik oleh penonton yang melihat aksi di sebalik video yang dirakam tersebut.

Berdasarkan percakapan dan jeritan di dalam video berkenaan, kejadian itu disyaki berlaku di Indonesia. Di bahagian dan wilayah mana tidak diketahui berikutan video itu hanya berdurasi pendek.

Video berkenaan tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 68,000 kali.

Rata-rata warganet yang menonton video berkenaan turut takut dan terkejut dengan pergerakan secara tiba-tiba buaya itu seperti yang dapat dilihat di dalam video tersebut.

Kredit Bagi Humor/Twitter
Kredit Bagi Humor/Twitter

Sumber: Bagi Humor/Twitter

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka