Siakap Keli
Gambar: Zee5/Di Masters/ Parks Australia via ABC News

Jutaan Ekor Sudah Mula Bermigrasi, Ini Fakta Menarik Ketam Merah Ramai Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jutaan Ekor Sudah Mula Bermigrasi, Ini Fakta Menarik Ketam Merah Ramai Tak Tahu

Sebut sahaja ketam, pasti ramai yang menyukai haiwan laut itu kerana ia merupakan antara hidangan atau sajian laut yang digemari.

Ketam mempunyai pelbagai spesies dan habitat asli. Ada sebahagian daripadanya tinggal di kawasan beriklim ais, tropika seperti air tawar dan di laut dalam.

Namun, tahukah anda Ketam Merah atau Red Crab merupakan spesies ketam yang terkenal dengan migrasi?

Seperti haiwan lain, migrasi adalah perpindahan atau penghijrahan haiwan dari satu kawasan ke kawasan yang lain atas sebab-sebab tertentu,  sama seperti ketam merah ini.

Untuk pengetahuan, migrasi ketam merah ini terkenal sehingga orang ramai terpaksa memberi laluan kepadanya.

Jadi mengapakah haiwan ini terkenal? Bagi mendapatkan penjelasan dengan lebih lanjut mari kita ikuti perkongsian oleh Doktor Akuakultur dan Perikanan, @drfitriyusof di bawah ini.

APA ANDA PERLU TAHU TENTANG RED CRAB?

Semalam dah mula dah proses migrasi Ketam Merah (Red Crab) di Pulau Krismas. Ini adalah beberapa fakta yang anda perlu tahu tentang spesies ini.

1. Gecarcoidea natalis

Nama saintifiknya adalah Gecarcoidea natalis (Pocock, 1888). Ia adalah antara 14 spesies yang ditemui di Pulau Krismas dengan anggaran populasi sebanyak 40-50 juta ekor.

2. Diet

Mereka ini makan daun dan hasil tumbuhan. Tapi kalau ada ketam lain yang mati atau haiwan kecil lain, diorang makan je. Bukanlah selektif sangat. Sebab populasi dia besar, takde pesaing lain untuk dia.

3. Habitat

Dia ni ketam darat, duduk di atas tanah dalam hutan dan korek lubang dalam tanah. Menariknya, diorang ni solitary, tak kongsi lubang. Tapi bila spawning baru dia keluar migrasi berjemaah.

4. Migrasi

Proses migrasi adalah sebab untuk pembiakan. Jantan dan betina akan berjumpa di pantai dan mengawan. Biasa jantan sampai awal (punctual), buat lubang. Betina yang sampai kemudian akan mula pilih jantan. Macam biasa, akan ada gaduh sikit sesama jantan.

5. Mengawan

Lepas mengawan, betina akan bertelur dalam 100K biji, dan duduk dalam lubang dalam 2 minggu sampai telur menetas. Bila telur menetas, dia akan lepaskan anak-anak dia dalam air.

Ini Fakta Menarik Ketam Merah Ramai Tak Tahu
Gambar: Chris Bray

6. Baby Ketam

Lepas 2 minggu, mak dia akan lepaskan telur dalam air laut dan baby pun menetas. Baby akan ikut arus laut dan lalui beberapa fasa sebelum betul betul dapat bentuk macam ketam. Lepas tu, diorang pula migrasi ke darat untuk membesar. Biasanya banyak tak survive sebab

Ini Fakta Menarik Ketam Merah Ramai Tak Tahu
Gambar: Ocean Conservancy

Jadi makanan ikan dan haiwan lain. Tapi sebab tulah mak dia bertelur sampai 100K biji. Untuk memastikan kemandirian spesies.

7. Tarikan Pelancong

Proses migrasi ini memang jadi tarikan pelancong. Dan kerajaan Aussie pun dah siapkan beberapa fasiliti untuk bantu proses ini untuk elakkan kemalangan jiwa ketam.

Ini Fakta Menarik Ketam Merah Ramai Tak Tahu
Gambar: ZEE5

Sumber: Twitter @drfitriyusof

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?