Siakap Keli
Gambar: AFP

Saksi Dakwa Lelaki ‘Bertelinga’ Arnab Jadi Punca Tragedi Rempuhan Maut Itaewon

Beberapa saksi yang terselamat mendakwa seorang lelaki ‘bertelinga’ arnab dan beberapa orang lagi rakannya didakwa menjadi punca insiden rempuhan dan tolak-menolak yang berlaku di Itaewon baru-baru ini.

Memetik laporan The Thaiger, salah seorang individu dipercayai pengunjung di pesta tersebut mendakwa seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an berdiri di belakangnya sambil menjerit “tolak! tolak!”

Lelaki berkenaan kemudian dilapor bertindak menolak individu yang berada di depannya sehingga menyebabkan individu tersebut terjatuh.

Dakwaan tersebut juga disokong oleh beberapa pengunjung lain mendedahkan terdapat lima hingga enam orang, termasuk salah seorang daripadanya mengenakan kostum kepala arnab, sengaja menolak orang ramai yang berada di lokasi sambutan.

Pihak polis memandang serius dakwaan yang dibuat oleh saksi dan kini sedang meneliti rakaman 52 kamera litar tertutup di lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat sahih.

Siasatan juga dibuat terhadap perkongsian-perkongsian video kejadian yang viral di mesia sosial serta terhadap saksi-saksi terselamat untuk mencari punca sahih insiden tersebut.

Terdahulu, kejadihan rempuhan ketika sambutan Halloween itu meragut 156 nyawa termasuk selebiriti popular Korea Selatan, Li Jee Han selain 29 orang lagi dilapor cedera.

Sebahagian pihak menyalahkan pihak berkuasa yang didakwa gagal mengawal situasi dengan baik selain hanya menempatkan seramai 137 anggota untuk berkawal di kawasan festival yang dikunjungi hampir 100,000 pengunjung itu.

BACA: Weh Anak Gajah Dah Datang,” Jadi Tradisi Toksik Sejak Dulu, Ini Antara Buli Lisan Yang Sering Dianggap ‘Gurauan’

Sumber: The Thaiger

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka