Siakap Keli
Kereta Hancur Dihempap Sofa
Kredit Mtero UK

Tak Sampai 15 Minit “Parking,” Lelaki Tergamam Tengok Kereta Hancur Dihempap Sofa Sesat

Tak Sampai 15 Minit “Parking,” Lelaki Tergamam Tengok Kereta Hancur Dihempap Sofa Sesat

Seorang lelaki di Australia tergamam apabila kenderaannya yang di parkir di bahu jalan berdekatan daerah Ultimo di Sydney ‘hancur’ dihempap sebuah sofa, lapor Metro UK.

Difahamkan bahawa, lelaki yang bernama Herbert itu meletakkan kereta yang disewanya di bahu jalan tersebut kurang daripada 15 minit.

Namun setibanya Herbert ke lokasi keretanya, dia terkejut apabila mendapati sebuah sofa besar yang muncul entah dari mana telah menghempap cermin depan kenderaannya.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Kereta jenis Toyota Yaris berkenaan dilaporkan mengalami kerosakan yang agak teruk dalam kejadian pelik itu.

Polis dilaporkan masih menyiasat kejadian itu dan merumuskan bahawa sofa tersebut berkemungkinan dihumban dari atas balkoni berhampiran sewaktu parti sedang diadakan.

Kredit 9News

“Kejadian itu sungguh pelik, jika saya berada dalam kereta tersebut sewaktu sofa itu menghempap, saya mungkin akan berada di hospital sekarang,” kata Herbert kepada media.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

“Saya tak tahu nak cakap apa pasal benda ini, namun saya sangat bertuah,” katanya lagi.

Sofa itu dikatakan telah jatuh terhempas di pokok berhampiran di laluan sebelum menghempap kereta Herbert yang diletak di situ.

Kredit Metro UK

Gambar kejadian itu menunjukkan kereta tersebut mengalami kerosakan yang teruk dengan sofa berkenaan masih berada di atasnya. Daun juga kelihatan berguguran di atas bonet kereta tersebut.

Kereta Herbert dilaporkan telah ditinggalkan di Jalan Jones di Ultimo pada jam 7.30 malam Khamis lalu.

“Sofa itu dicampak dari tempat yang tinggi, ia berlaku ketika orang ramai mula pulang dari kerja,” kata Ketua Inspektor wilayah itu, Garry Coffey.

Sumber: Metro UK

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka