Siakap Keli
Banjir Klang
Gambar via Bernama

Banjir Klang, Jemaah Masjid Guna Titi Redah Banjir Selepas Selesai Tunai Solat Asar

Banjir Klang, Jemaah Masjid Guna Titi Redah Banjir Selepas Selesai Tunai Solat Asar

Para jemaah masjid di Masjid As-Syarif Jalan Hamzah Alang Meru, Klang dilihat menggunakan titi yang dibuat khas untuk mereka meredah kawasan pekarangan masjid yang mula dinaiki air selepas menunaikan solat Asar hari ini, 11 November 2022. 

Menurut Bernama, hujan lebat yang melanda kawasan di Selangor selama lebih kurang tiga jam petang semalam telah menyebabkan beberapa kawasan sekitar dilanda banjir kilat. 

Dalam pada itu, seramai 746 orang mangsa banjir telah dipindahkan ke tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar jam 4 petang tadi. 

Semalam, beberapa kawasan di sekitar Klang dan Shah Alam dilaporkan telah dilanda banjir susulan hujan lebat yang berlaku lebih kurang tiga tanpa henti pada waktu petang.

Turut dinaiki air adalah Persiaran Mokhtar Dahari berdekatan dengan Aalam Budiman, Syeksen 10. Laluan berkenaan merupakan laluan orang ramai sering digunakan oleh pengguna jalan raya untuk ke Bandar Puncak Alam.

Malah, nama Jalan Mokhtar Dahari juga turut menjadi trending di media sosial apabila para pengguna berkongsi gambar-gambar dan juga video keadaan semasa sebagai makluman kepada pengguna-pengguna yang lain.

BACA: “Weh Anak Gajah Dah Datang,” Jadi Tradisi Toksik Sejak Dulu, Ini Antara Buli Lisan Yang Sering Dianggap ‘Gurauan’

BACA JUGA: “Sampai 85% Kena Potong,” 150 Peniaga “Online” Dicari Pihak Tertentu, Ada Kaitan Dengan RM60,000

Sumber: Bernama

Faiz Mustafa