“Bukan Sebab Hangit Tau,” Lain Dari Yang Lain, Abang Ni Kongsi Resepi Donut “Dark Chocolate Charcoal”
Malaysia sememangnya terkenal dengan sebuah negara yang berbilang kaum, adat dan budaya. Sudah semestinya, setiap masyarakat atau kaum mempunyai tradisi tersendiri seperti perayaan, pakaian termasuklah makanan.
Oleh itu, tidak hairan mengapa negara kita kaya dengan kepelbagaian makanan (syurga makanan). Antara makanan yang mudah untuk dicari dan ditemui terutamanya di tepi jalan termasuk sajian kuih-muih khususnya donut.
Donut ialah sejenis kuih yang berbentuk bulat dan disalut dengan gula halus. Dahulunya, kita sudah sinonim donut berwarna putih keemasan.
Bagaimanapun, seiring dengan perubahan masa, donut semakin meraih perhatian ramai dengan pelbagai variasi warna dan rasa yang berbeza.
Hari ini, kita akan melihat salah satu resepi donut iaitu, Dark Chocolate Charcoal Doughnut yang dikongsikan oleh Che Azawimie Che Zahari di Facebook kumpulan Masak Apa Hari Ini (MAHN). Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Resepi Dark Chocolate Charcoal Doughnuts

Hitam bukan sebab hangit tau. Hitam sebab menawan. Mula-mula buat sikit sahaja nak buat rasa-rasa. Erh. Nyesal pula sebab sedap sangat. Terasa mewah sangat rasanya.

Dark Chocolate Charcoal Doughnuts.
Nah ni resepinya. Kot-kot nak cuba buat.

Bahan-bahan
Antara bahan yang diperlukan dalam pembuatan kuih ini termasuklah 1 kilogram(kg) high protein, 12 gram dry yeast, 1 tbsp gula kastor, 1 stp garam, 1 tbsp shortening, 1 tsp k-fine, susu uht ni agak-agak je tak sukat pula tadi. Pewarna hitam, 2 tbsp coco powder. 1 tsp serbuk arang atau charcoal powder dan 1 tsp capucino paste

Langkah pembuatan


Cara-cara. Masuk sahaja semua dalam mesin. Uli lah sampai jadi doh. Gelek-gelek selepas itu terap. Rehatkan biar kembang. Goreng api kecik sahaja sampai masak. Jangan lama, nanti pahit. Tunggu suam sikit, baru salut dengan gula kastor dan susu tepung.

Serius sedap.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menjadi tular dan dengan 11,000 tanda suka dan 10,000 share.
Sumber: Che Azawimie Che Zahari via Kumpulan Masak Apa Hari Ini (MAHN)