Siakap Keli
Wanita Lebih Selesa Jadi Kuda
Gambar via Daily Mail

Rimas Dengan Dunia Luar& Tertekan Dengan Pekerjaan, Wanita Pilih & Selesa Jadi Kuda

Hobi menunggang kuda sudah menjadi kebiasaan oleh segelintir masyarakat sama ada di Malaysia mahupun di luar negara. Namun, ianya sedikit berbeza bagi seorang wanita apabila mempunyai hobi yang pelik iaitu menjadi replika seekor kuda dan ditunggang oleh rakan baiknya sendiri. 

Memetik Daily Mail, Leanne mengakui kepelikan hobi yang dimilikinya namun menjadi seekor kuda bukan sahaja memberikan keseronokkan, bahkan memberikan pengalaman yang ‘indah’ dan seperti menjadi diri sendiri. 

Dalam pada itu, dia juga merupakan seorang pencinta haiwan dan memiliki beberapa ekor kuda serta seekor kucing bernama Ember sebagai haiwan peliharaannya di rumah. Menurutnya, setiap kali dia melihat kuda-kuda yang dipelihara, dia membayangkan seperti haiwan itu adalah dirinya sendiri. 

Menarik dan dalam masa yang sama agak pelik, dia turut berkongsi bahawa rakannya, Grace akan menunggangnya apabila dia bertukar menjadi seekor kuda.

Meskipun menerima reaksi yang janggal setiap kali muncul di khalayak ramai dengan berpakaian seperti seekor kuda, namun ada juga orang awam yang ditemui memberikan tindak balas yang positif  dengan apa yang dia lakukan. 

“Apabila dunia melihat saya sebagai kuda, ia akan membuatkan mereka berfikir bahawa ini merupakan satu perkara yang menakjubkan.

“Bagi saya, ia melibatkan unsur kerohanian. Saya berada di alam yang berbeza kerana tidak perlu bimbang tentang bil mahupun pergi bekerja.

“Saya seorang yang introvert (penyendiri) dan meluahkan ia dengan menjadi gadis kuda.

“Setiap hari ketika bangun untuk ke tempat kerja, saya sering rasa mahu melarikan diri. Tetapi selepas menjadi gadis kuda, hasrat tersebut diluahkan menerusi penyamaran sebagai seekor kuda.

“Keadaan tersebut begitu menggembirakan saya. Saya rasa, semua individu perlu merasainya,” jelasnya, lapor Daily Mail. 

Disamping itu, dia masih lagi tidak berpuas hati kerana hanya mampu berdandan dan ia sebaliknya mengharapkan mampu untuk merasai semua yang seekor kuda mampu lakukan. 

Oleh itu, Leanne telah mengubah suai halaman di bahagian belakang rumahnya dengan set kandang bersaiz manusia bersama-sama kandang berpasir dengan belanja yang dikeluarkan beranggaran RM23,802 dan RM47,605 semata-mata untuk memenuhi hasratnya. 

Walaupun telah habis puluhan ribu ringgit melakukan hal itu, dia sedikit pun tidak rasa membazir sebaliknya dia berpuas hati dengan setiap wang yang telah di laburkan untuk memastikan hasratnya menjadi sebuah realiti yang nyata. 

BACA: “Sampai 85% Kena Potong,” 150 Peniaga “Online” Dicari Pihak Tertentu, Ada Kaitan Dengan RM60,000

BACA JUGA: “Weh Anak Gajah Dah Datang,” Jadi Tradisi Toksik Sejak Dulu, Ini Antara Buli Lisan Yang Sering Dianggap ‘Gurauan’

Sumber: Daily Mail

Faiz Mustafa