Siakap Keli
Lelaki Kongsi Tempat Paling Cantik Di Eropah Pilihan Hati
Gambar: Facebook Helmi Baharum/Mun Zir

“Sangat Puas Hati,” Menakjubkan, Lelaki Kongsi Keindahan Panorama Gunung Salji Di Norway

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Sangat Puas Hati,” Menakjubkan, Lelaki Kongsi Keindahan Panorama Gunung Salji Di Norway

Setiap pelusuk negara mempunyai simboliknya yang tersendiri tidak kira sama ada dari segi sudut budaya, bentuk muka bumi, cuaca dan sebagainya.

Perkara ini sudah semestinya menjadi daya tarikan utama kepada para pelancong di luar sana untuk merasai sendiri pengalaman merantau di negara orang.

Kepelbagaian tempat dan kawasan menarik untuk dilawati menjadikan segelintir mereka yang mahu memilih lokasi menjadi ‘rambang mata’. Tidak hairan kerana sesetengah kawasan menawarkan pakej yang menarik dan seakan membawa kita ke ‘dunia lain’.

Seperti yang kita ketahui negara-negara Eropah kaya dengan pelbagai panorama yang menambat hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Untuk itu, mari kita ikuti perkongsian pengalaman seorang jejaka yang melancong ke bumi Norway.

Menerusi perkongsian Helmi Baharum di Facebook, dapat dilihat keindahan dan kecantikan yang ditonjolkan di lokasi yang dilawatinya.

Gambar: Facebook Helmi Baharum/Mun Zir

Ramai di antara kita memilih bandar-bandar terkenal seperti London, Paris, Venice, dan sebagainya sebagai terpaling favorit. Namun tidak bagi saya, Tromso mengambil alih Mostar, Bosnia kota terbaik pilihan hati sebelum ini. Namun kedua-duanya masih di ranking atas carta hati, pasti akan repeat jika diberi ruang dan peluang.

Lelaki Kongsi Tempat Paling Cantik Di Eropah Pilihan Hati
Gambar: Facebook Helmi Baharum/Mun Zir

Kalau Norway sudah banyak meniti di bibir antara kita, begitu juga Tromso ada segelintir daripada kita juga mengenalinya sebagai kota pencari sang Northern Light/Aurora, namun sedikit yang masih mengenali Gunung Salji Storsteinen (Fjellheisen) yang memberikan peluang melihat pemandangan panorama 360 darjah Kota Tromso yang dilatari keindahan selat memisahkan pulau Kota Tromso (Tromsoya) dengan kepulauannya yang lebih besar disebelah bahagian selatan, rumah host kami yang terletak di Kroken agak hampir di sini dan walkable, tapi kami naik bas.

Lelaki Kongsi Tempat Paling Cantik Di Eropah Pilihan Hati
Gambar: Facebook Helmi Baharum/Mun Zir

Fjords yang berupa semacam teluk yang berasal dari lelehan glasier, iatu tompokan ais yang sangat tebal dan berat dengan jelas dapat dilihat dari sini. Fenomena paling menakjubkan yang saya sempat rasai pula adalah sunset yang terlalu cantik luar biasa dengan lapisan-lapisan sempurna berselang-seli, tercantik di Eropah lah senang cerita (maaf masih tak mampu mengatasi kecantikan sunset Kota Kinabalu, Sabah), fenomena unik ini dikeranakan transisi musim luruh kepada musim sejuk yang kini dapat dilihat seawal 2 petang sudah mulai sunset.

Lelaki Kongsi Tempat Paling Cantik Di Eropah Pilihan Hati
Gambar: Facebook Helmi Baharum/Mun Zir

Selain itu rasa terubat sekejap impian nak ke Table Mountain, South Africa selepas melihat terdapat gunung yang hampir menyerupainya, pemandangan indah ini terletak di bahagian timur gunung ini menambahkan lagi nuansa panorama teragung.

Lelaki Kongsi Tempat Paling Cantik Di Eropah Pilihan Hati
Gambar: Facebook Helmi Baharum/Mun Zir

Cara ke sini? Ya Norway semuanya mahal belaka ya. Pengeras untuk menaiki kereta kabel di sini bagi 2 hala naik dan turun dengan durasi 5 minit bagi setiap laluan dengan sela menunggu setiap 30 minit telah meragut sebanyak RM161.90 daripada akaun bigpay, tapi setiap sen yang dibayar terasa sangat berbaloi dengan apa yang tersaji di atas ini lagipun sudah tiada lagi yuran kemasukan lain ke gunung ini, ada kualiti, ada harga.+RM18 minum teh sebab nak feeling-feeling minum sambil menikmati pemandangan takjub.

Lagi pun masa naik sini altitud ketinggian menambahkan lagi kesejukan siap angin kuat, bila minum panas tu lega lah sikit kan.

Lelaki Kongsi Tempat Paling Cantik Di Eropah Pilihan Hati
Gambar: Facebook Helmi Baharum/Mun Zir

Awalnya ingin hiking ke puncaknya sebab kereta kabel tidak sampai ke puncaknya. Kereta kabel cukup sampai ke dek pemandangannnya sahaja, selebihnya terserah jika sanggup ke puncaknya, ini jam dah memang feeling-feeling panjat Everest tau guys walaupun hanya membuat pendakian sebahagian gunung ini.

Gambar: Facebook Helmi Baharum/Mun Zir

Terdapat banyak spot yang bahaya disebabkan salji yang tadinya lembut bertukar menjadi frost ais yang keras, tajam dan tebal, akhirnya saya kandas tergelincir dan luka-luka.

Kesimpulannya, sangat puas hati di sini, saya sarankan dengan sungguh-sungguh pergilah melawat Norway, pergilah melawat Tromso walau sekali seumur hidup. Selepas ini saya pun berimpian nak ke Norway di belahan lain, dengar cerita selatan Norway pun nais.

Sumber: Facebook Helmi Baharum

BACA: Elak Kena ‘Sidai’ & Boros, Ini 9 Tips Suami Boleh Guna Bila Nak Teman Isteri “Shopping” Hujung Tahun

BACA JUGA: Jangan Tak Tahu, Ini 6 Hak Yang Wanita Boleh Tuntut Kalau Menetap Di Malaysia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?