Siakap Keli
Penyokong Korea Selatan Ini Tular Fasih Jawab Soalan Dalam Bahasa Arab
Gambar: TikTok qatarliving

Ada “Plot Twist”, Penyokong Korea Selatan Ini Tular Fasih Jawab Soalan Dalam Bahasa Arab

Ada “Plot Twist”, Penyokong Korea Selatan Ini Tular Fasih Jawab Soalan Dalam Bahasa Arab

Bola sepak sememangnya menjadi sukan paling popular di dunia tidak kira sama ada berbeza agama, bangsa dan juga adat budaya.

Sejak pertengahan November lalu, bahang Piala Dunia telah dimulakan yang menyaksikan Qatar dipilih sebagai tuan rumah pada edisi 2022 kali ini.

Piala Dunia merupakan acara bola sepak yang paling berprestij dan diadakan setiap empat tahun sekali sahaja. Jadi tidak hairan kebanyakan penyokong sanggup menggadaikan wang ringgit semata-mata menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi di pentas tersebut.

Baru-baru ini, tular satu klip rakaman yang dimuat naik di platform TikTok memaparkan seorang lelaki arab menemu ramah lelaki dari Korea Selatan selepas perlawanan antara Korea Selatan dan Ghana.

Apa yang mengejutkan dalam video berdurasi 1 minit 3 saat itu adalah perbualan yang pada awalnya menggunakan Bahasa Inggeris secara spontan bertukar rancak kepada Bahasa Arab setelah lelaki warganegara Korea Selatan itu fasih berbahasa Arab.

@qatarliving

Qatar has truly won the hearts of people from every corner of the world! قطر تأسر قلوب المُشجعين من كافة الجنسيات والثقافات! 🎥: AlKass channel #qatar #qatarworldcup #قطر #qatarworldcup

♬ original sound – qatarliving

Menerusi temu ramah tersebut, lelaki Arab itu sempat bertanyakan beberapa soalan kepada penyokong tersebut seperti ‘datang dari negara mana’ dan perasaannya setelah menonton perlawanan tersebut.

“Saya dari Korea Selatan. Semalam sangat sedih kerana kalah kepada Ghana. Tapi Insha’Allah kami akan..,” katanya sewaktu ditemu ramah.

Belum sempat menghabiskan percakapannya, lelaki Arab tersebut menunjukkan reaksi teruja setelah mengetahui penyokong dari Korea Selatan itu mampu bertutur dalam bahasa Arab.

Susulan itu, perbualan menjadi lebih meriah dengan semua soalan ditanya dalam bahasa Arab termasuklah ucapan memberi dan menjawab Salam.

Dalam pada itu, beberapa orang di sekelilingnya turut teruja dan tersenyum lebar selepas mengetahui perkara dalam temu ramah itu.

Difahamkan, lelaki Korea tersebut juga merupakan seorang Youtuber, CHOMAD dan mempunyai lebih 778,000 subscribers di platform berkenaan.

Untuk pengetahuan, video tersebut telah mendapat lebih 3,000,000 tontonan dan lebih 485,000 tanda ‘Suka’ serta pelbagai komen daripada pengguna platform tersebut sewaktu artikel ini ditulis.

Rata-rata netizen juga turut terkejut dan teruja apabila mendengar bahasa Arab yang dituturkan oleh lelaki itu.

Sumber: Tiktok qatarliving

BACA: Berdepan Inflasi, Ramai Berjimat Buat Dua Tiga Kerja Sehari Nak Bagi Keluarga “Happy”

BACA: Apa Nak Buat Ketika Saudara Terdekat Meninggal Dunia? Ini Perkara Yang Perlu Disegerakan

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?