Siakap Keli
Gambar: Sport Bible

Ikonik, Foto Achraf Hakimi Cium Ibu “Celebrate” Kemenangan Morocco Benam Sepanyol Tular

Ikonik, Foto Achraf Hakimi Cium Ibu “Celebrate” Kemenangan Morocco Benam Sepanyol Tular

Morocco sekali lagi mengejutkan peminat sukan bola sepak di Piala Dunia selepas pasukan itu berjaya menewaskan Sepanyol dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan untuk mara ke suku akhir, lapor Sport Bible.

Achraf Hakimi yang juga merupakan pemain pertahanan kanan Paris Saint-Germain (PSG) FC berjaya menjaringkan gol kemenangan dalam penentuan sepakan penalti sewaktu menentang pasukan gergasi Eropah itu dengan skor 3-0.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Sambil menatap mata penjaga gol Sepanyol, Unai Simon, Achraf berjaya menghasilkan sepakan penalti panenka sekaligus melayakkan Morocco ke suku akhir Piala Dunia dalam detik ikonik tersebut.

Achraf Hakimi dibesarkan di jalanan Madrid sebelum berjaya memasuki akademi Real Madrid. Dia layak bermain untuk Sepanyol tetapi sebaliknya, dia memilih untuk bermain bagi negara kelahiran ibu bapanya iaitu Morocco.

Ibu bapanya memainkan peranan penting dalam perjalanannya sebagai seorang pemain bola sepak. Kedua ibu bapanya juga dikatakan banyak berkorban dalam hidup mereka untuk melihat Achraf berjaya.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Sebelum ini, Achraf Hakimi pernah menyatakan bahawa seluruh karier bola sepaknya didedikasikan untuk ibu bapanya dan tindakan itu jelas selepas dia berjaya dalam menjaringkan gol dalam penalti penentuan.

Seperti yang dia pernah lakukan sebelum ini, dia dengan pantas meraikan jaringan itu bersama ibunya yang berada di kerusi penonton pada perlawanan awal pagi tadi.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

“Ibu saya membersihkan rumah dan bapa saya adalah peniaga jalanan. Kami berasal dari keluarga sederhana yang bersusah payah mencari rezeki. Hari ini saya berjuang untuk ibu bapa saya. Mereka banyak berkorban untuk saya,” kata Achraf Hakimi sebelum ini melalui Bundesliga.

Pemain muda berusia 24 tahun itu telah pun bermain untuk banyak kelab terkemuka dunia dan dianggap sebagai salah seorang pemain bek kanan terbaik di dunia.

Memiliki sejarah baik dalam bermain dengan kelab besar seperti PSG, Inter Milan, Borussia Dortmund dan Real Madrid jelas menunjukkan bakatnya yang besar itu.

Sumber: Sport Bible

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka