Siakap Keli
Gambar: Penn State Health

Ingatkan Nak Susu, Bapa Tak Sangka Bayi Menangis Tengah Malam Cedera Terkena Peluru Sesat

Ingatkan Nak Susu, Bapa Tak Sangka Bayi Menangis Tengah Malam Cedera Terkena Peluru Sesat

Seorang bayi cedera selepas dilaporkan terkena sebutir peluru sesat ketika sedang tidur di rumahnya.

Bayi yang berusia satu tahun sembilan bulan itu masih menjalani rawatan di Hospital Urip Sumoharjo, Bandar Lampung, lapor Sinar Lampung.

Mangsa yang cedera terkena tembakan di buku lali kanan sedang dirawat di wad kanak-kanak di Hospital Urip Sumoharjo.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Bagaimanapun, Badan Penyelenggara Jaminan Sosial memberitahu tidak akan menampung perbelanjaan perubatan mangsa berdasarkan Keputusan Presiden No. 82 Tahun 2018.

Walaupun demikian, kedua ibu bapa mangsa tidak kisah akan permasalahan itu dan hanya ingin anak mereka itu sembuh dan sihat sahaja.

“Yang penting anak saya cepat sembuh, proses pembedahan berjalan lancar, kini dia semakin pulih,” kata ibu bapa mangsa.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Menurut maklumat sebelum ini, kanak-kanak yang merupakan penduduk Kuripan, Telukbetung Barat telah terkena peluru sesat pada awal pagi sekitar jam 2 pagi WIB, ketika mangsa sedang tidur.

“Kami sedang tidur, anak saya tiba-tiba menangis ingatkan mahu susu, apabila kami bangun kakinya sedang berdarah,” kata bapa mangsa Rahma.

Sejurus mengetahui anaknya cedera, Rahman dan isterinya segera membawa mangsa ke hospital berhampiran. Difahamkan ibu bapa mangsa hanya mengetahui anaknya itu ditembak selepas mangsa menjalani pembedahan di Hospital Urip Sumoharjo.

Sementara itu, hasil siasatan di tempat kejadian, anggota Polis Bandar Lampung menemui kesan sebutir peluru yang telah menembusi bumbung rumah mangsa. Polis juga mengsahkan mangsa telah terkena peluru sesat.

“Hasil analisis di tempat kejadian menunjukkan terdapat kesan peluru pada bumbung rumah kediaman mangsa dan disyaki telah terkena peluru sesat. Hari ni, peluru itu akan dibawa ke makmal di Palembang,” kata pegawai Polis itu.

Sumber: Sinar Lampung

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka