Siakap Keli
Bos Besar Citadel "Sponsor"
Kredit BERNAMA

Sebagai Tanda Terima Kasih, Bos Besar Citadel “Sponsor” 10,000 Pekerjanya Bercuti Ke Disneyland

Sebagai Tanda Terima Kasih, Bos Besar Citadel “Sponsor” 10,000 Pekerjanya Bercuti Ke Disneyland

Bos bilionair, Ken Griffin dilaporkan belanja 10,000 pekerjanya dari seluruh dunia termasuk ahli keluarga mereka untuk bercuti ke Walt Disney World selama tiga hari bagi meraikan kejayaan tahunan syarikatnya, lapor NDTV.

Menurut LadBible, Ken Griffin bukan sahaja membayar kos keseluruhan untuk pekerjanya di seluruh dunia malah dia juga membelanja semua kos bagi keluarga pekerjanya untuk percutian tersebut.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Ken Griffin ialah Ketua Eksekutif bagi syarikat Citadel LLC, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dan dana lindung multinasional.

Tidak hanya setakat itu sahaja, malah bilionair yang murah hati itu juga turut membayarkan kos penerbangan pekerjanya dari New York, Houston, Paris, Zurich dan bandar-bandar lainnya.

Ken juga turut dikatakan membayar hotel, tiket taman dan makanan antaranya daging kambing, sushi dan paella.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Percutian pekerja itu juga turut dihiburkan dengan konsert daripada kumpulan penyanyi terkenal Coldplay bersama Carly Rae Jepsen dan DJ Diplo.

Kira-kira 10,000 orang pekerja dari seluruh dunia telah berkumpul di Walt Disney selama tiga hari percutian mereka di taman tema itu, kata jurucakap syarikat tersebut.

Percutian itu adalah salah satu cara dari Ken Griffin untuk mengucapkan terima kasih kepada pekerjanya atas kerja keras sepanjang tahun yang memberangsangkan.

“Kami telah membina pasukan yang luar biasa, bukan sahaja dalam sejarah kami tetapi juga dalam sejarah kewangan,” kata Ken Griffin kepada pekerjanya berdasarkan apa yang diberitahu oleh jurucakap syarikat berkenaan.

“Kita mempunyai masa depan yang luar biasa dan saya menantikan apa yang bakal berlaku pada hari mendatang,” kata beliau lagi.

Nilai kekayaan Ken Griffin adalah bernilai RM 139,575 bilion menurut senarai yang dikeluarkan Forbes. Nilai kekayaan itu menjadikan beliau sebagai orang ke-40 terkaya di dunia.

Sumber: NDTV 

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka