Siakap Keli
Kredit: Twitter & Instagram

Bintang K-Pop, ‘Oppa’ Jackson Wang Datang ‘Lepak’ Di IOI City Mall Petang Tadi

Salah seorang ahli kumpulan K-Pop GOT7, Jackson Wang telah selesai mengadakan konsert jelajahnya, Magic Man di Axiata Arena pada 17 Disember, kini beliau kelihatan sedang meluangkan masanya di Mala Mini Hotpot Premium, IOI City Mall.

Kehadiran bintang kelahiran Hong Kong ke pusat membeli belah itu ternyata mengejutkan banyak pihak, terutama para peminatnya yang berada di situ.

Beberapa peminatnya yang bertuah dilihat berjaya mendekati artis berkenaan untuk bertegur sapa selain berpeluang untuk menggambar secara dekat dengannya.

 

Sebelum ini, bekas pemain badminton lagenda negara, Datuk Wira Lee Chong Wei bertemu dengan Jackson Wang pada beberapa hari lepas.

Untuk makluman, Datuk Wira Lee Chong Wei bertemu dengan Wang sewaktu konsert Magic Man dan ramai tidak menyangka bahawa kedua-dua bintang ini mengenali antara satu sama lain.

Dalam sebuah hantaran Instagram yang dihantar pada 18 Disember, Datuk Wira Lee Chong Wei meraikan pertemuannya bersama Jackson Wang di konsertnya.

Beliau berkata pertemuan itu adalah pertemuan semula dua bekas atlet Olimpik.

Kredit: Instagram

“Dua bekas atlet Olimpik. Saya memegang raket manakala beliau pula memegang pedang. Kini, saya membesarkan anak-anak manakala beliau menggenggam mikrofon. Antara manusia yang sangat berbakat pernah saya temui,” kata Lee menerusi kapsyen Instagramnya.

Untuk pengetahuan pembaca, Jackson Wang merupakan seorang atlet lawan pedang profesional sebelum beliau memilih kariernya sebagai sebagai bintang K-pop.

Kredit: L’Officiel

Menurut L’Officiel, Wang dibesarkan dalam keluarga atlet yang merupakan pemegang pingat emas. Bapanya, Wang Ruiji merupakan bekas pemegang pingat emas untuk Sukan Asia manakala ibunya, Sophia Chow merupakan seorang ahli gimnastik dari Shanghai.

Semasa zaman remajanya, Wang berlatih sukan lawan pedang bersama bapanya dan berjaya menyertai pasukan muda Hong Kong secara rasmi. Beliau merupakan atlet lawan pedang untuk peringkat Olimpik sebelum melepaskan karier profesional tersebut dan menjadi artis pada 2011.

BACA: 45 Tahun Menunggu Juara: “Sejarah Sudah Dibetulkan” – Datuk Lee Chong Wei

Sumber: L’Officiel, Twitter & @leechongweiofficial via Instagram

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma