Siakap Keli
"Up" Gambar Dikafankan Di Facebook
Gambar: Merdeka.com

Wanita Kantoi Palsukan Kematian “Up” Gambar Dikafankan Di Facebook, Nak Lari Dari Hutang

Wanita Kantoi Palsukan Kematian “Up” Gambar Dikafankan Di Facebook, Nak Lari Dari Hutang

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang pengguna laman Facebook yang mendedahkan cara seorang wanita berpura-pura mati untuk mengelak daripada membayar hutang, lapor Merdeka.

Pada mulanya, wanita dari Medan, Indonesia itu memuat naik satu kiriman di akaun Facebook anaknya yang menyatakan bahawa dia sudah meninggal dunia.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Malah, dia juga turut menyertakan beberapa gambar jenazah yang telah siap dikafankan.

Kiriman tersebut mendakwa bahawa wanita berkenaan meninggal dunia disebabkan kemalangan di sebuah jambatan dan jenazahnya akan dikebumikan di Aceh.

Gambar: Merdeka.com

Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook mendakwa bahawa kenyataan itu tidak benar sama sekali.

Merdeka melaporkan, wanita tersebut disyaki berpura-pura mati untuk mengelak daripada membayar hutang daripada seseorang.

Menurut si pemiutang, dia sudah beberapa kali meminta wanita tersebut melunaskan hutangnya, tetapi sering mengatakan bahawa dia tidak mempunyai wang untuk melangsaikan hutang tersebut.

Hal tersebut menyebabkan si pemiutang berang dengan tindakan wanita itu kerana telah menangguhkan beberapa kali untuk membayar hutang.

Gambar: Merdeka.com

Tidak lama selepas itu, wanita tersebut telah memuat naik satu kenyataan di akaun Facebook milik anaknya dengan mendakwa bahawa dia telah meninggal dunia.

Selain itu juga, si pemiutang juga turut memberikan beberapa bukti dan gambar yang seperti diambil dari internet.

Menerusi kiriman Facebook itu, anak kepada wanita berkenaan tampil untuk mendedahkan perkara yang sebenar dan berharap agar dapat memaafkan perbuatan ibunya itu.

Sumber: Merdeka

Noorliyana Ishak