Siakap Keli
Gambar: The National News

Persis Filem Armageddon, Tujuh Angkasawan Terperangkap Di Angkasa Selepas Kapal Dinaiki Rosak

Persis Filem Armageddon, Tujuh Angkasawan Terperangkap Di Angkasa Selepas Kapal Dinaiki Rosak

Sekumpulan angkasawan terperangkap di orbit mengelilingi bumi selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka dilaporkan mengalami kerosakan teruk.

Menurut laporan The National News, kapal penyelamat bersedia untuk membawa mereka pulang, namun terdapat satu lagi masalah.

Kapal penyelamat itu hanya mempunyai empat kerusi manakala angkasawan yang terperangkap dilaporkan seramai tujuh orang.

Berita ini kedengaran seperti plot filem Hollywood dalam Armageddon dan Gravity.

Namun ini adalah situasi sebenar yang mungkin dihadapi oleh angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selepas kapsul Soyuz Rusia alami kerosakan teruk sehingga tidak mungkin dapat dibaiki.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Angkasawan Rusia, Dmitry Petelin dan Sergey Prokopyev serta angkasawan NASA, Frank Rubio tiba di ISS pada September dengan kapal Soyuz yang dijadualkan membawa mereka pulang pada Mac.

Bagaimanapun, dua minggu lalu semasa berlabuh di ISS, Soyuz mengalami kebocoran besar pada penyejuk dan beberapa pakar percaya kapal itu tidak lagi boleh terbang dengan selamat.

Satu-satunya kapal angkasa lain di ISS ialah American SpaceX Dragon yang membawa sekumpulan empat angkasawan. Dua dari NASA, Kanada dan Rusia pada bulan Oktober lalu.

Jika ISS perlu dipindahkan dalam keadaan kecemasan, kumpulan ini boleh melarikan diri menggunakan Dragon. Bagaimanapun tiada jalan pulang pada tiga angkasawan yang lain.

Agensi angkasa lepas Rusia, Roscomos masih menilai tahap kerosakan pada Soyuz serta kemungkinan kepada punca ia berlaku.

Kredit NASA

Tommaso Sgobba, bekas Ketua Keselamatan Penerbangan Angkasa di Agensi Angkasa Eropah percaya bahawa Soyuz sudah tidak boleh digunakan.

“Saya perlu mengandaikan bahawa sistem penyejuk aktif kapal angkasa Soyuz telah terjejas. Oleh itu Soyuz tidak boleh untuk beroperasi. Ia adalah pandangan peribadi saya, tetapi jika ia benar maka kita mengalami masalah besar di stesen angkasa. Kita kehilangan sistem penyelamatan diri untuk anak kapal,” kata Tommaso kepada Space.com.

Penyelesaian terbaik yang boleh diambil ialah Rusia perlu menghantar kapsul Soyuz yang dijangka dilancarkan pada akhir Februari atau Mac ini. Ini bertujuan bagi membolehkan angkasawan yang terkandas boleh pulang dengan selamat.

Sumber: The National News

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka