Siakap Keli
Cuti Tahunan "Unlimited"
Kredit BERNAMA

Microsoft AS Bagi Cuti Tahunan “Unlimited” Untuk Semua Pekerjanya

Microsoft AS Bagi Cuti Tahunan “Unlimited” Untuk Semua Pekerjanya

Syarikat gergasi teknologi global, Microsoft dilaporkan membenarkan pekerjanya mengambil cuti tahunan seberapa banyak yang mereka mahukan mulai minggu depan.

CBS News melaporkan bahawa pemberian cuti itu merupakan satu dasar polisi terbaru syarikat berkenaan yang dikenali sebagai Discretionary Time Off (DTO).

Pekerja syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat tidak akan lagi mempunyai bilangan had cuti tahunan tetap pada setiap tahun Mulai 16 Januari ini.

“Bermula 16 Januari 2023, Microsoft akan memodenkan dasar percutian kami kepada model yang lebih fleksibel dan beralih kepada Discretionary Time Off (DTO),” kata jurucakap Microsoft dalam satu kenyataan kepada CBS MoneyWatch.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

“Bagaimana, bila dan di mana pekerja melakukan tugas mereka telah mengubah segalanya. DTO juga selaras dengan cara bekerja yang lebih fleksibel,” kata jurucakap itu lagi.

Ketua Pegawai Microsoft, Kathleen Hogan mengumumkan perubahan dasar tersebut menerusi e-mel kepada pekerja pada hari Rabu yang lalu.

Berdasarkan laman web korporatnya, syarikat itu dilaporkan mempunyai kira-kira 122,000 pekerja di AS.

Selain itu, Microsoft juga akan menawarkan pekerja mereka 10 hari cuti korporat, cuti rehat, cuti sakit dan kesihatan mental serta cuti untuk tugas juri dan kematian.

Pekerja yang masih mempunyai baki cuti akan menerima bayaran sekali gus untuk masa cuti yang terkumpul.

Namun begitu, dasar DTO tersebut tidak melibatkan pekerjanya yang bekerja dalam tempoh jam atau pekerja luar daripada AS.

Sementara itu, sebahagian besar majikan besar di AS mula memberi pekerja mereka kebebasan untuk bekerja selama empat hari seminggu selepas ia menjadi norma baharu semasa pandemik yang lalu.

Sumber: CBS News 

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka