Siakap Keli
Gambar: Okezon

Ibu Pasrah, Dakwa Bayi Meninggal Dunia Selepas Keluarga Berkeras Bagi Minum Air Ubat Tradisional

Ibu Pasrah, Dakwa Bayi Meninggal Dunia Selepas Keluarga Berkeras Bagi Minum Air Ubat Tradisional

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai luahan seorang ibu yang mendakwa kehilangan anaknya selepas diberi minum air rebusan ubatan tradisional bagi menyembuhkan penyakit yang dihadapinya.

Kisah berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial, dipercayai wanita warga negara Indonesia di laman Facebooknya. Menerusi hantaran tersebut, wanita berkenaan turut berkongsi sekeping foto yang menunjukkan keadaan tubuh anaknya yang berusia 54 hari dipenuhi dengan tiub dan wayar, dipercayai ketika dibawa untuk menerima rawatan di hospital.

“Ini anak saya yang baru berusia 54 hari, meninggal dunia kerana diberi ubatan tradisional. Diberi minum air daun kacang botor dan kecur yang diperah,” tulisnya pada keterangan foto.

Menurut wanita tersebut, dia melarang keras namun ahli keluarganya tetap berdegil mahu memberikan bayinya minum air rebusan tersebut.

Malangnya, wanita itu mendakwa bayinya mengalami sesak nafas dan terkena jangkitan kuman pada paru-paru.

Namun, apa yang menyedihkan dan membuat situasi menjadi lebih rumit, apabila keluarganya turut bertindak menghalangnya daripada membawa bayi malang itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Kata wanita itu, ahli keluarganya tetap bertegas bahawa penyakit anaknya itu boleh sembuh dengan menggunakan ikhtiar perubatan tradisional yang dicadangkan mereka.

Wanita itu bagaimanapun tidak mempedulikan saranan ahli keluarganya dan membawa bayi tersebut ke hospital, namun semuanya sudah terlambat dan anak kesayangannya disahkan meninggal dunia.

”Doktor sudah berusaha pelbagai cara untuk menyelamatkan anak saya, tetapi segalanya sudah terlambat, ” tulisnya pada akhir kenyataan di hantaran Facebook.

Cerita bayi malang tersebut telah tular di media sosial dan meraih perhatian warganet, khususnya pengguna Facebook di Indonesia.

Rata-rata, warganet mengecam tindakan keluarga ibu bayi tersebut kerana menghalangnya daripada mendapatkan rawatan awal di hospital.

Kata mereka, walaupun ubat tradisional mempunyai manfaat tersendiri, namun pengguna harus memerhatikan cara pemprosesan dan mengambil tahu terlebih dahulu cara penggunaannya.

Selain itu, pengguna juga perlu memastikan ubat berkenaan tidak mempunyai kandungan racun dan tidak memberikan sebarang kesan sampingan.

Mereka juga berpendapat, tindakan memberikan ubatan tradisional secara melulu, lebih-lebih lagi kepada bayi merupakan satu perbuatan yang tidak beretika.

BACA: ”Takpelah Kalau Tak Ada Yang Melawat”, Gara-Gara Sentuhan Orang Dewasa, Bayi Ini Menderita Penyakit Kulit Teruk

Sumber: Okezone

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma