Siakap Keli
Na Chul Dilapor Meninggal Dunia 
Gambar: Instagram @ggonekim/ Na Cheol/UL Entertainment via Naver

Pelakon Korea Selatan, Na Chul Dilapor Meninggal Dunia 

Pelakon Korea Selatan, Na Chul Dilapor Meninggal Dunia 

SEOUL — Pelakon Korea Selatan, Na Chul dilaporkan meninggal dunia pada usia 36 tahun akibat komplikasi kesihatan semalam.

Difahamkan, pelakon Vicenzo yang memegang watak Na Deok-Jin berdepan dengan masalah berkenaan sejak akhir-akhir ini hingga menyebabkan kesihatannya mengalami kemerosotan yang teruk.

Mayat mendiang bakal dibawa ke Universiti Soonchunhyang di Yongsan-gu, Seoul bagi proses pengebumian pada 23 Januari esok.

BACA JUGA: Bintang Marvel, William Hurt Meninggal Dunia

Selepas perkhabaran duka tersebut, ramai selebriti negara itu yang memberikan penghormatan terakhir kepadanya di media sosial.

Untuk makluman, Na Chul lahir pada 24 Disember 1986 dan meninggal dunia semalam iaitu sebulan selepas menyambut hari kelahirannya yang ke-36.

Beliau mula mencipta nama dalam arena industri filem dan televisyen Korea Selatan pada tahun 2010. Kariernya semakin melonjak dan dikenali ramai selepas memegang watak Na Deok-Jin dalam filem Vincenzo.

Antara drama dan filem yang dibintanginya adalah Vincenzo, Happiness, Through The Darkness, Weak Hero Class 1, Sinkhole (2021), 1987: When The Day Comes, Tune in for Love, Touch Your Heart dan sebagainya.

BACA JUGA: Artis Korea, Yoo Joo-eun Ditemui Maut Bersama Nota

Sumber: Spiel Times.com, AllKpop, Geniuscelebs.com

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?