Siakap Keli
Pelumba basikal tergantung
Gambar: Daily Mail

Pelumba Basikal Nyaris Maut, Tergantung Di Jambatan Terlibat Kemalangan

Pelumba Basikal Nyaris Maut, Tergantung Di Jambatan Terlibat Kemalangan

Seorang peserta acara perlumbaan basikal Star of Besseges di Perancis berdepan detik cemas tergantung di sebuah jambatan selepas terlibat dalam kemalangan ngeri,  lapor Daily Mail.

Kemalangan yang melibatkan beberapa kumpulan peserta acara pada hari kedua perlumbaan telah menyebabkan acara itu dihentikan.

Kemalangan tersebut menyebabkan ramai peserta terperangkap di laluan sekitar 22 kilometer dari garisan penamat.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang. Pelumba basikal tergantung.

Peserta acara berkenaan dapat dilihat telah menghalang laluan dan salah seorangnya telah terjatuh sebelum sempat berpaut pada jambatan untuk kekal terselamat dari jatuh ke bawah jambatan tersebut.

Kredit Daily Mail
Kredit Daily Mail

Jambatan yang sempit itu menyaksikan kemalangan melibatkan peserta acara tersebut di mana ramai yang terkandas di laluan berkenaan hingga menyebabkan acara terpaksa dihentikan.

Beberapa penunggang basikal yang terlibat dilaporkan memerlukan rawatan kecemasan namun tiada kecederaan serius dilaporkan berlaku.

Bagaimanapun, disebabkan kesemua pasukan perubatan dikerahkan di lokasi kemalangan. Acara pada hari kedua tersebut terpaksa dihentikan selepas kekurangan pasukan perubatan dan ambulans.

Keputusan itu dibuat oleh penganjur kerana acara tersebut tidak selamat untuk diteruskan berikutan ketiadaan pasukan perubatan yang tersedia sekiranya terdapat kemalangan lain yang mungkin berlaku.

Keputusan bagi peringkat kedua acara berkenaan diakhiri tanpa pemenang dan pemenang yang memenangi di peringkat pertama acara masih mendahului dalam saingan perlumbaan.

Peserta Arnaud De Lie of Belgium yang memenangi peringkat pertama meneruskan kedudukannya bagi acara peringkat ketiga seterusnya yang berlangsung pada hari ini.

Kemalangan acara basikal trek

Terdahulu, kejadian yang melibatkan kemalangan dalam acara berbasikal turut pernah berlaku seperti artikel yang ditulis SK beberapa bulan lalu.

Namun perlumbaan acara itu melibatkan acara perlumbaan basikal trek di Sukan Komanwel Birmingham. Acara basikal trek tersebut terpaksa dihentikan seketika selepas berlakunya kemalangan ngeri membabitkan beberapa pelumba.

Memetik laporan Daily Mail, terdapat beberapa pelumba yang terpelanting sehingga ke tempat duduk penyokong dan mengalami kecederaan.

Pelumba dari England, Matt Walls dilaporkan telah menerima rawatan selama lebih 40 minit sebelum dibawa pergi dengan ambulans. Manakala rakan pelumbanya Matt Bostock pula dilihat turut diusung keluar.

Dalam pada itu, beberapa orang penonton juga turut mengalami kecederaan selepas Walls dan basikalnya terpelanting ke bahagian atas penghadang ketika berada di selekoh tinggi.

Mereka semua telah dirawat oleh paramedik dan tidak memerlukan rawatan di hospital.

Sumber: Daily Mail

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka