Siakap Keli
belon pengintip China
Gambar via AFP

Pentagon Dakwa Belon Pengintip China Berada Di Ruang Udara AS

Pentagon dakwa belon pengintip China berada di ruang udara AS

WASHINGTON, 3 Feb (Bernama) — Tentera Amerika Syarikat (AS) mengesan belon pengintip  yang disyaki milik China berada di ruang udara di negeri Montana, menurut Pentagon pada Khamis.

Menurut Pentagon pihaknya sedang menjejaki trajektori belon itu dan mengesahkan bahawa ia masih berada di ruang udara di wilayah itu.

Jabatan Pertahanan AS berkata sedang mempertimbangkan untuk menembak jatuh belon itu tetapi memutuskan tidak berbuat demikian kerana bimbang serpihannya akan membahayakan orang awam, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Insiden sama pernah berlaku sebelum ini, namun kali ini belon itu dilihat kekal berada di ruang udara  wilayah AS lebih lama berbanding biasa.

Menurut Pentagon, belon itu tidak mendatangkan bahaya kepada pesawat.

AS sedang berhubung dengan pihak China berhubung kejadian itu.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka